Sebelum ini kami telah paparkan Bahagian 1: Kronologi Sejarah Rohingya dan Bahagian 2: Punca Rohingya Menjadi Pelarian. Kini, kami tampilkan Bahagian 3 tentang penghapusan etnik Rohingya oleh rejim Myanmar.

Laporan Human Rights Watch (HRW) yang bertajuk: “‘All You Can Do is Pray’: Crimes Against Humanity and Ethnic Cleansing of Rohingya Muslims in Burma’s Arakan State,” (Kamu Hanya Mampu Berdoa: Jenayah Terhadap Kemanusiaan dan Penghapusan orang Islam Rohingya dalam negeri Arakan, Burma [Myanmar]) telah membongkar penglibatan pemimpin rejim Myanmar (Burma), pegawai kerajaan Myanmar, pemimpin-pemimpin masyarakat dan sami-sami Buddha Myanmar yang telah menganjurkan dan menggalakkan orang-orang Buddha Myanmar untuk menyerang kampung-kampung orang Islam. Tindakan jenayah yang sangat kejam dan zalim yang mendapat sokongan dan kerjasama tentera dan polis Myanmar ke atas orang-orang Islam adalah untuk memaksa Rohingya meninggalkan Myanmar dalam bulan Oktober 2012.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

“Rejim Myanmar melakukan penghapusan etnik Rohingya yang masih berterusan hari ini melalui sekatan terhadap bantuan kemanusiaan dan pergerakan,” kata Phil Robertson, penolong pengarah HRW Asia. Sebagai lanjutan dari serangan orang-orang Buddha ke atas orang Islam Rohingya dalam bulan Jun 2012, pihak berkuasa rejim Myanmar telah memusnahkan masjid-masjid dan melakukan tangkapan ganas terhadap orang Islam Rohingya dan melakukan sekatan bantuan kemanusiaan terhadap pelarian Islam.

Selepas berbulan-bulan mengadakan pelbagai mesyuarat dan membuat pelbagai kenyataan awam yang menggalakkan penghapusan orang Islam Rohingya, pada 23hb Oktober 2012 kumpulan-kumpulan pelampau dan pengganas Buddha dengan bantuan pasukan keselamatan Myanmar seperti polis dan tentera Myanmar telah menyerang orang-orang Islam dalam 9 buah bandar, membakar kampung-kampung orang Islam dan membunuh orang-orang Islam.

Semua pasukan keselamatan termasuklah polis tempatan, polis pencegah rusuhan, pasukan pengawal sempadan, tentera darat dan laut dalam negeri Arakan terlibat secara langsung dalam keganasan terhadap orang Islam atau gagal mencegah keganasan terhadap orang Islam. Seorang tentera Myanmar memberitahu seorang lelaki Islam yang merayu perlindungan semasa kampungnya sedang terbakar: “Satu-satunya perkara yang kamu boleh buat ialah berdoa untuk menyelamatkan nyawa kamu.”

Pelarian Rohingya telah memberitahu HRW bahawa dalam bulan Oktober pasukan keselamatan Myanmar hanya memerhati atau bergabung dengan pelampau dan pengganas Buddha yang bersenjatakan parang, pedang, senapang dan Molotov cocktails menyerang kampung-kampung orang Islam Rohingya. Dalam beberapa kes, serangan pelampau dan pengganas Buddha berlaku dalam masa yang sama di bandar-bandar yang berjauhan antara satu sama lain.

Dalam jenayah yang dahsyat pada 23hb Oktober itu telah menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang Islam Rohingya telah dibunuh dalam pembunuhan beramai-ramai di kampung Yan Thei dalam kawasan bandar Mrauk-U. Walaupun amaran awal tentang serangan itu telah diberikan, hanya sebilangan kecil polis dan tentera Myanmar yang ditugaskan untuk menjaga keselamatan. Polis dan tentera Myanmar ini telah membantu pelampau dan pengganas Buddha membunuh orang-orang Islam Rohingya dengan merampas batang-batang kayu yang dibawa oleh orang Rohingya untuk melindungi diri mereka. Di antara mangsa-mangsa pembunuhan itu ialah 28 kanak-kanak Rohingya yang ditetak, termasuklah 13 orang kanak-kanak yang berumur di bawah 5 tahun.

“Pada mulanya tentera Myanmar memberitahu kami, ‘Jangan lakukan apa-apa, kita (tentera Myanmar) akan melindungi kamu, kita(tentera Myanmar) akan menyelamatkan kamu,’ maka kami percayakan tentera Myanmar tersebut,” kata seorang mangsa yang terselamat kepada Human Rights Watch. “Tetapi kemudiannya tentera Myanmar tidak menunaikan janji mereka. Penganas-penganas Buddha bebas memukul dan membunuh kami. Pasukan keselamatan Myanmar tidak melindungi kami dari pengganas Buddha.”

Human Rights Watch telah menemui empat tapak perkuburan besar dalam negeri Arakan- uncovered evidence of four mass-grave sites in Arakan State – tiga selepas keganasan bulan Jun dan satu dari keganasan bulan Oktober. Pasukan keselamatan Myanmar cuba menghapuskan bukti pembunuhan beramai-ramai dengan menggali kubur-kubur besar untuk menghapuskan bukti jenayah terhadap orang Islam Rohingya.

Sebagai contoh, pada 13hb Jun 2012, sebuah lori rejim Myanmar telah menghumban 18 mayat orang Islam Rohingya yang telah dibunuh dengan kejam dalam keadaan berbogel dan kaki dan tangan yang terikat berhampiran sebuah kem pelarian di luar ibu negeri Sittwe. Dengan meninggalkan mayat-mayat berhampiran kem pelarian, tentera Myamar telah menyampaikan mesej (amaran) kepada orang Islam Rohingya supaya orang Islam Rohingya mesti meninggalkan Myanmar.

Satu kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) melaporkan kepada Parlimen British bahawa polis dan tentera Myanmar (Burma) telah memainkan peranan utama menindas dan menzalimi orang-orang Islam Rohingya di bahagian utara Arakan melalui tangkapan beramai-ramai, keganasan, rogol dan diskriminasi terancang sejak darurat diisytihar pada 10hb Jun 2012.

Dari 3 June 2012 sehingga 28 June 2012 , polis, tentera, sami Buddha dan pengganas Buddha telah membunuh 650 orang Islam Rohingya, 1,200 orang Rohingya masih hilang, 80,000 orang Rohingya menjadi pelarian berdasarkan kenyataan Tun Khin, presiden (pengerusi) the Burmese Rohingya Organisation UK (BROUK).

Satu kumpulan pelarian Rohingya memberitahu Radio Free Asian bahawa sebuah helikopter Myanmar menembak tiga buah bot dan membunuh semua 50 orang pelarian Rohingya dalam bot-bot tersebut pada awal bulan Jun 2012.

Dari tahun 2013 hingga bulan Mei 2014, rejim Myanmar (Burma), tentera, polis dan sami-sami Buddha Myanmar telah melaksanakan satu siri pembunuhan beramai-ramai orang Islam Rohingya secara terancang. Kampung-kampung, sekolah dan masjid telah diserang dan dibakar oleh pengganas-pengganas Buddha yang selalu dibantu dan disokong oleh pasukan keselamatan Myanmar dan 140,000 orang Rohingya telah dipaksa menjadi pelarian di kem-kem pelarian yang merupakan penjara-penjara yang dikawal oleh pasukan keselamatan Myanmar. Semua jenayah kejam rejim Myanmar ini adalah program penghapusan etnik Rohingya secara terancang di Myanmar berdasarkan laporan Sentinel Project for Genocide Prevention.

Rejim Myanmar telah cuba menggunakan paksaan dan jenayah kemanusiaan untuk menghalau orang Islam Rohingya keluar dari Myamar (Burma) dan membawa masuk orang Buddha untuk merampas tanah dan harta benda orang Islam Rohingya. Dasar penghapusan etnik Rohingya oleh rejim Myanmar telah menyebabkan lebih dari satu juta orang Islam Rohingya menjadi pelarian di negara asing:

2015
Saudi Arabia: 400,000 orang
Bangladesh: 300,000 – 500,000 orang
Pakistan: 200,000 orang
Thailand: 100,000 orang
Malaysia: 40,700 orang

Rujukan: Human Rights Watch, DVB, NY Times, Islam, Syed; Islam, Serajul (2007). “Chapter 16, State Terrorism in Arakan”, Wikipedia: Rohingya People

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram