Memang tidak dinafikan, memiliki reka bentuk bangunan yang cantik dan fasiliti yang bagus di sesebuah tempat kerja mampu menarik minat orang ramai untuk bekerja di situ.
Seperti video yang dikongsikan oleh @fatinnjwaa_02, memperlihatkan keadaan persekitaran tempat kerjanya iaitu di sebuah kilang penghasilan barang dan ubatan, Dexcom di Baru Kawan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana reka bentuk bangunannya yang cukup moden dan mewah sehinggakan digelar seperti ‘mall’ pula.
Bermula dari papan tanda LED serta lampu ambien yang menerangi bahagian hadapan bangunan, sampailah ke ruangan kafe dan tempat istirehat yang direka dengan cukup baik untuk keselesaan para pekerjanya.
Kafe juga kelihatan menyediakan pelbagai aneka makanan serta pastri bagi memenuhi citarasa ramai.
Selain itu, terdapat kemudahan eskelator dari ruang atas untuk ke bawah sekaligus dapat menggurangkan penat berjalan ke sesebuah lokasi.
Ditambah pula dengan siling yang tinggi, ia membuatkan setiap ruangan kelihatan luas dan kondusif.
@fatinnjwaa_02 kilang santai 🤣☝🏻. #dexcom #kilangmedical #fypシ゚ #fypシ゚viral #fypage #fypgakni #fypage #fypdong
Perkongsian video itu langsung menjadi bualan hangat dan ramai memuji akan keadaan persekitaran kilang yang bagus serta menunjukkan minat yang mendalam untuk bekerja di kilang tersebut.
“Ni kilang ke shopping mall. Lain macam view dia”, tulis seorang netizen.
“Suami saya cakap dia pernah sesat dalam kilang sebab besar sangst”, kongsi seorang wanita.
“Kerja sambil healing”, seloroh seorang lagi.
Ada yang berkongsi memandangkan syarikat ini dari luar negara, maka anda perlu mahir bertutur dalam bahasa Inggeris sewaktu ditemu bual nanti.