Touch ‘n Go eWallet sedia mengumumkan ketibaan kad prabayar Visa baharu yang boleh dipautkan ke baki dompet digital mereka. Selain itu, pengguna juga boleh menggunakannya untuk membuat pembayaran dan juga mengeluarkan wang di mesin ATM.
Touch n Go menyasarkan pengenalannya pada bulan Disember 2022 sebelum ini, tetapi masih belum kedengaran khabar berita sehingga kini. Terdapat kemungkinan ia ditangguhkan atau mungkin juga ia akan diperkenalkan pada minggu terakhir Disember ini.
Baca Juga:
- ‘Ibu Lebih Percayakan Scammer’ – Anak Luah Rasa Kesal Duit Lebih RM60,000 Milik Ibunya Lesap
- ‘Gaji RM2,800 Beli Civic’ – Peguam Dedah Ini Antara Punca Orang Muda Muflis Awal
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
Menerusi laman Amanz, kini sebuah gambar yang dikongsikan telah memperlihatkan rekaan awal kad prabayar TNG eWallet berkenaan. Kad tersebut tampil dengan corak warna-warni seperti lakaran cat yang unik.
Nampaknya rekaan kad ini tidak membawakan ciri minimalis seperti yang ditampilkan pada kad TNG NFC. Kad ini juga menyertakan logo Visa dan Touch n Go eWallet pada posisi kad menegak, selain paparan logo Paywave padanya. Tiada sebarang nama atau nombor dipaparkan pada bahagian kad.