Kita sedia maklum, baju atlet Malaysia untuk temasya Sukan Olimpik Paris 2024 mendapat pembaharuan selepas dikecam teruk kerana rekaannya yang terlalu ‘simple’ dan kosong menurut rakyat Malaysia.

Namun berbeza pula penerimaan orang ramai dengan pelancaran pakaian atlet Paralimpik Malaysia 2024  yang dihebahkan menerusi akaun rasmi X @NPCMalaysia baru-baru ini. Rata-ratanya memuji akan rekaan baju atlet paralimpik Malaysia 2024 yang diperkenalkan itu.

Tidak membawakan tema warna biasa iaitu oren dan hitam, pada kali ini mereka memperlihatkan rekaan bajut atlet paralimpik yang berwarna putih sebagai warna asas lalu dipadankan belang warna Jalur Gemilang.

Rekaan Lebih 'Fresh' Dan Cantik, Baju Atlet Paralimpik Malaysia Dipuji Rakyat Malaysia
Sumber Gambar: X
Rekaan Lebih 'Fresh' Dan Cantik, Baju Atlet Paralimpik Malaysia Dipuji Rakyat Malaysia
Sumber Gambar: X

Bahkan, produksi gambar yang kreatif untuk baju yang diperagakan oleh para atlet turut menjadi perbualan hangat di kalangan pengguna media sosial.

Rekaan Lebih 'Fresh' Dan Cantik, Baju Atlet Paralimpik Malaysia Dipuji Rakyat Malaysia
Sumber Gambar: X
Rekaan Lebih 'Fresh' Dan Cantik, Baju Atlet Paralimpik Malaysia Dipuji Rakyat Malaysia
Sumber Gambar: X

Susulan pengenalan itu, ramai yang berminat untuk mendapatkan baju tersebut kerana rekaannya yang cantik sekaligus mahu jadikan sebagai koleksi peribadi.

“Serius cantik. warna dia vibe Paris. corak vibe harimau malaya,” tulis seorang netizen yang memuji rekaan kali ini tampil bergaya seperti antarabangsa.

“OKKK ni cantik!!! Semartt ooo! Tahniah,” kata seorang netizen lagi.

“Memang cun. guna real model, pakaian lawa, gambar pun lawa. Boleh ejas sehelai,” luah seorang lagi.

“Lawa sangat yang ini, nampak ada style,” puji seorang netizen lain.

Dalam masa yang sama, orang ramai sempat mendoakan buat kontinjen atlet negara agar boleh mempamerkan pretasi yang cemerlang dan merangkul pingat emas untuk Malaysia pada kali ini.

Sumber