Ketika anda membaca artikel ini, nama Universiti Malaya (UM) sedang menjadi trending di Facebook.

Ini semua gara-gara poster sambutan pelajar baharu ke kampus itu tular menjadi bualan orang ramai.

Baca Juga:

Bagaimanapun timbul pula dakwaan warganet bahawa poster tersebut bukanlah ‘idea asli’ daripada UM. Sebaliknya ia ‘ciplak’ poster yang dibuat oleh Universiti Indonesia (UI).

Warganet mendakwa perkara itu telah mendapat perhatian netizen Indonesia dan dijadikan bahan ketawa mereka.

Rekaan Poster Universiti Malaya Didakwa 'Ciplak' Universiti Indonesia?
Sumber Gambar: Facebook Asrul Shamri
Rekaan Poster Universiti Malaya Didakwa 'Ciplak' Universiti Indonesia?
Sumber Gambar: Facebook Universiti Malaya / Universitas Indonesia

Hasil perbandingan antara poster Universiti Malaya dengan Universiti Indonesia yang dimuat naik pada bulan Julai lalu, didapati ia sangat mirip, namun mempunyai sedikit perbezaan.

Antaranya adalah poster UM mempunyai ucapan ‘Tahniah’, namun UI tidak mempunyainya. Di sebelah logo UI mempunyai logo sebuah program di sana, di sebelah logo UM pula kosong.

UM menggunakan font standard untuk tarikh sesi kemasukan pelajar, sementara UI pula menggunakan font beralun.

Pada ruangan bawah pula, UM menyedia semua akaun media sosial mereka. Manakala UI cuma kongsikan laman sesawang rasmi mereka.

Dalam kemas kini hantaran poster kampus tempatan yang tular itu, UM mengakui rekaan poster tersebut diilhamkan daripada idea asal universiti dari Indonesia berkenaan.

Menjengah maklum balas daripada netizen, ada kurang senang apabila mendapat tahu ia bukanlah idea asal UM.

Pada masa yang sama, ada berpendapat rekaan tersebut sememang satu trend dan tidak salah UM untuk turut menggunakan rekaan poster tersebut.