Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Iz Emir menjadi pelajar termuda yang telah mendaftar masuk Universti Malaya dalam sejarah penubuhannya sejak 1962 hari ini.

Perkembangan itu dikongsi oleh seorang pengguna facebook bernama Fatimah Binti Kari sekaligus tular sehingga menjadi bualan netizen di laman sosial.

Baca Juga:

Menurut Fatimah, adik Iz Emir merupakan seorang pelajar yang genius dan telah mengambil jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Matematik di Universiti Malaya.

Sehingga artikel ini ditulis, hantaran facebook itu telah dikongsi lebih 1000 orang dan mendapat lebih 3000 ‘likes’.

Sebelum itu, Iz Emir pernah menuntut di Kolej Permata Pintar, Universiti Kebangsaan Malaysia (KPPN UKM) pada usia 6 tahun dan telah belajar subjek tingkatan satu.

Malah, beliau juga telah mengambil O-Level pada usia 8 tahun dan A-Level ketika berumur 11 tahun.

KPPN UKM merupakan program khas yang pertama di Malaysia untuk murid yang mempunyai potensi intelek semula jadi yang tinggi.

Malah, netizen juga turut menyamakan Iz Emir dengan Young Sheldon, iaitu watak fiksyen dalam sitkom Amerika The Big Bang Theory.

Malaysia sememangnya dikenali dengan beberapa orang rakyat yang dilahirkan secara semula jadi sebagai seorang yang genius atau mempunyai kepintaran luar biasa.

Pelajar pintar ini merupakan aset negara yang sangat berharga. Kehadiran mereka perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk pembangunan negara pada masa akan datang.