Minggu ini Universiti Malaya (UM) menerima kemasukkan para pelajar baharu.

Pelbagai gambar-gambar diambil oleh wakil universiti untuk mengemaskini media sosial mereka.

Baca Juga:

Namun ramai tidak menyangka mereka sempat ‘curi-curi’ menangkap gambar bantal busuk yang dibawa oleh pelajar baharu.

“Tahniah kepada semua bantal busuk yang lulus masuk UM,” tulis kapsyen Instagram Universiti Malaya.

Netizen berasa geli hati dan terhibur melihat gambar-gambar tersebut.

Ada yang bawa bantal busuk dalam bentuk sayur-sayuran, haiwan, bantal tidur.

Dalam pada itu ada pengguna Threads memberi tips untuk tidak ‘kantoi’ bawa bantal busuk ke asrama.

“Saya bijak sikit. Ayah datang hantar bantal busuk kemudian. Jadi orang tidak nampak aib saya,” katanya.