Dalam mencari kelainan, para pereka fesyen sedia mencuba dan bereksperimen sesuatu yang baharu di dalam penghasilan pakaian mereka.
Baru-baru ini, seorang pencipta konten fesyen di luar negara memuat naik video yang memperlihatkan satu rekaan skirt terbaharu dari jenama berasal Swedeen.
Individu kelihatan sedang memperagakan skirt itu dan memuji akan rekaan serta coraknya dengan mengatakan cantik.
Bagaimanapun, rekaan yang merangkumi gabungan garisan serta warna cokelat itu langsung menjadi perbualan hangat di platform tersebut kerana kelihatan seperti kain pelikat atau bahasa mudahnya kain biasa yang digunakan dalam seharian sahaja.
@juliawears3
Netizen Malaysia langsung memenuhi ruangan komentar dengan mendakwa mereka juga sudah memiliki skirt terbabit sambil flex gambar kain pelikat masing-masing.
Selain itu, Indonesia dan juga negara Arab tidak terkecuali menegur yang rekaan skirt itu mirip dengan kain yang biasa dipakai di dalam budaya mereka.
Ramai berseloroh mengatakan inilah masanya untuk kain pelikat mula dikenali di peringkat antarabangsa pula.
Mungkin ini sesuatu yang baharu di dalam dunia fesyen tetapi tidak untuk mereka yang membesar di benua Asia yang mana di Asia Tenggara dipanggil kain pelikat atau sarung sementara di Asia Selatan dipanggil lungi, Afrika pula memanggil ia sebagai “kikoi” di Kenya dan “kanga” dan Arab dikenali dengan nama nama “fūṭah”.