Anda sudah pasti mahu merakam detik-detik kegembiraan di pagi hari raya dengan baik. Tahukah anda tentang aplikasi Relens yang mampu mengubah telefon pintar menjadi kamera DSLR profesional?

Aplikasi Relens ini mula digunakan ramai dek kerana kemampuan menghasilkan gambar bertaraf profesional dengan bantuan pengkomputeran fotografi dan algoritma pintar. Anda boleh dapatkan aplikasi ini di Google Play Store atau App Store.

Baca Juga:

Aplikasi relens
Sumber Gambar: Aplikasi Relens

Antara penawaran ciri profesional yang sedia digunakan adalah menambah efek bokeh pada gambar dengan adanya tetapan aperture yang besar. Ditambah pula dengan bantuan AI yang dapat menjadikan bokeh anda lebih realistik seperti DSLR.

Bukan itu sahaja, anda boleh menggunakan ciri kamera yang ditawarkan menerusi aplikasi dengan kebolehan mengawal tetapan fotografi secara manual seperti profesional. Malah, terdapat sejumlah jenis lensa digital yang boleh menjadikan gambar raya anda ala-ala klasik.

Aplikasi relens
Sumber Gambar: Aplikasi Relens

Di samping itu, anda juga boleh mendapatkan hasil gambar profesional dengan kualiti 4K HD di samping rakaman video sehingga 240 fps. Anda juga tidak perlu risau dengan suntingan kerana terdapat ribuan jenis filter berkualiti tinggi yang boleh digunakan.

Bahkan, anda juga boleh menerokai ciri suntingan yang profesional seperti HSL, Posterization dan banyak lagi. Selain itu, anda juga boleh memotong gambar kepada saiz yang tertentu dengan template tersedia sekaligus boleh memuat naik gambar ke media sosial dengan cepat nanti.

Sumber Gambar: Aplikasi Relens

Dengan versi berbayar, anda boleh menikmati sejumlah ciri premium dan juga kemas kini baharu yang bakal ditambah nanti. Anda boleh pilih sama ada mahu melanggan secara bulanan berjumlah RM18.90 atau tahunan sekitar RM62.90 dan juga membeli terus pada harga RM94.90.

Jika sebelum ini anda risau dengan gambar raya yang kurang menarik, kini tidak lagi dengan adanya aplikasi Relens yang mampu menjadikan telefon pintar kepada kamera DSLR profesional.

Sumber