Dua remaja berusia 17 tahun dari Amerika Syarikat mencipta kejutan apabila berjaya meraih lebih USD350,000 (kira-kira RM1.6 juta) dalam tempoh hanya enam bulan hasil penjualan fidget spinner, sejenis mainan ringkas yang hanya berpusing.

Kisah remaja ADHD cipta fenomena global

Daripada kanak kanak kecil sehingga selebriti terkenal, semuanya sempat merasai trend ini.

Pada tahun 2016, seorang pelajar remaja 17 tahun, bernama Allan Maman yang menghidap ADHD sering mengalami kesukaran untuk fokus di dalam kelas.

Sebagai seorang yang suka “gatal tangan”, dia mula mencari sesuatu untuk membantu dirinya kekal tenang — dan ketika itulah dia menemui satu mainan pelik di Etsy.

cipta

Mainan itu? Sebuah fidget spinner — alat kecil yang hanya berpusing di antara jari.

Allan memujuk cikgu fizik di sekolahnya supaya membenarkannya menggunakan pencetak 3D sekolah untuk membuat sendiri mainan itu.

Apa yang bermula sebagai mainan peribadi bertukar menjadi fenomena apabila rakan-rakannya mula minta satu. Dalam masa beberapa minggu, dia mula menjualnya dari beg sekolah pada harga $25.99 seunit!

fidget spinner

Tak lama kemudian, Allan bergabung dengan rakan sekelasnya, Cooper Weiss, dan menubuhkan syarikat bernama Fidget360. Strategi mereka mudah tetapi cukup berkesan:

Buka akaun Instagram

Mereka kemudian membayar influencer $15 untuk buat shoutout produk mereka. Dan ianya mulai menjadi perhatian ramai.

Hasilnya? Menjelang awal 2017, mereka menjana antara $5,000 hingga $10,000 setiap hari.

spinner

Walaupun keputusan peperiksaan Allan jatuh merudum (dia hanya skor 12/150 dalam satu kelas), kejayaan bisnes mereka membuatkan segalanya berbaloi.

Fenomena Global Yang Tidak Dijangka

Pada Mei 2017, kesemua 20 mainan terlaris di Amazon ialah fidget spinner 200 juta unit dihantar ke seluruh dunia dalam masa setahun

Dicari lebih 25 juta kali di Google hanya pada April 2017. Nilai pasaran syarikat mereka pada satu ketika mencecah $980 juta menjelang 2022.

Penurunan

Namun, ada satu perkara mengejutkan: tiada siapa yang memegang paten ke atas rekaan fidget spinner. Ianya kesilapan yang dibuat oleh Allan dan rakannya.

Seorang wanita bernama Catherine Hettinger pernah mempatenkan “mainan berpusing” pada tahun 1993, tetapi patennya tamat tempoh pada 2005.

Akibatnya, kilang-kilang di China mula menghasilkan versi mereka sendiri secara besar-besaran — dan harga fidget spinner merudum daripada $25 kepada hanya $4.99 dalam beberapa minggu.

Menjelang Jun 2017, fenomena ini tamat sepantas ia bermula.

Apa Jadi Lepas Tu?

Semakin banyak sekolah mulai mengharamkan fidget spinner. Ribuan penjual terperangkap dengan stok tak laku. Tetapi kesannya tidak dirasai oleh Maman dan Weiss. Mereka sudah meraih ratusan juta dollar daripadanya.

Walaupun trend sudah merosot, mereka tetap berjaya membawa pulang ratusan ribu dolar dalam setahun.

Pasaran fidget spinner masih wujud, tapi tak pernah kembali ke tahap asal.

Apa yang kita boleh pelajari, masa adalah segalanya dalam bisnes. Tanpa sebarang pengalaman perniagaan, dua remaja berjaya meraih pendapatan setanding sepuluh tahun gaji orang biasa — hanya dengan mainan kecil yang berpusing.

Dan itulah kisah remaja 17 tahun yang berjaya mencipta fenomena dalam masa sekejap.