Seorang penjual motosikal, Nicholas Chong berkongsi pengalaman menyakitkan hatinya melihat sikap seorang anak yang dianggap tidak tahu bersyukur dengan pemberian ibu bapa mereka.
Menurut Nicholas Chong, baru baru ini dia melihat sendiri tindakan seorang anak yang tidak mahu menerima motosikal yang dipilih ayahnya untuk dibelikan kepadanya.
Remaja tersebut mahukan motosikal lain kerana tidak suka dengan jemana yang dipilih ayahnya itu.
Nicholas akui terkilan dan marah melihat tindakan anak tersebut yang dianggap tidak bersyukur dan tidak menghargai usaha ayahnya yang bergolok bergadai untuk membelikannya motosikal pertamanya, untuk digunakan bagi tujuan belajar selepas baru dapat lesen.
Dia kecewa kerana remaja tersebut sangat tidak matang dalam menerima pemberian ayahnya.
Kisah remaja tak tahu bersyukur
Kisah bermula, apabila seorang ayah telah datang ke kedai Nicholas dan meminta cadangan daripadanya, tentang motosikal yang sederhana, untuk kegunaan anaknya mendapatkan lesen motosikal.
Ianya sesuai dengan budget si ayah serta untuk kegunaan anaknya ke sekolah.
“Jadi, saya pun tunjukkan motosikal yang kecil sikit, lebih murah. Dia juga beritahu anak dia mahukan skuter, 150cc, jadi saya pun tunjukkan dia motosikak sesuai. Dia terus setuju dan buat bayaran penuh,” kata Nicholas.
Lelaki itu menegaskan bahawa anak dia tidak tahu dia membeli motosikal tersebut. Lalu Nicholas pun mencadangkan agar lelaki tersebut membawa anaknya datang untuk melihat sendiri motosikal tersebut, risau kalau dia tidak suka.
“Kalau anak abang okay, barulah kita buat pendaftaran,” tambah Nicholas lagi.
Keesokan harinya, lelaki itu membawa anaknya yang remaja datang. Dan apa yang mengejutkan Nicholas, wajah remaja itu terus berubah melihat motosikal yang dibeli ayahnya untuknya.
“Anak dia terus cakap ‘saya tak nak moto ini, saya nak jenama lain,’ – lalu saya jelaskan motosikal dia mahukan itu lebih mahal kira kira 2 kali ganda. Dalam RM11 ribu ke RM12 ribu.

“Harga ini jauh lebih murah, dan ayah kamu belikan untuk kamu untuk kamu pergi belajar. Jadi pakailah motosikal ini dahulu buat sementara.
“Selepas itu, kamu tahu tak apa budak itu cakap? ‘Saya punya kawan semua pakai moto jenama bla bla bla’. Dia tunjukkan reaksi muka berlagak dan hina motosikal ini buruk,” tambah Nicholas.
Kemudian selepas si anak dan ayahnya berbincang dalam keadaan agak tegang, Nicholas pun menarik lelaki itu ke tepi dan memberitahu sedia mengembalikan semula (refund) kesemua duit lelaki itu.
Kerana sebelum ini lelaki tersebut sudah membayar sepenuhnya harga motosikal tersebut. Mujurlah Nicholas Chong masih belum mendaftarkan motosikal tersebut.
Dia kemudian berkata: “Saya ‘panas’ bukan sebab tak dapat jual motosikal, namu panas melihat budak itu macam tak ada otak. Kalau kamu hebat sangat, pergi cari duit sendiri dan belilah motosikal apa yang kamu mahu.
“Kamu sekarang masih belajar, dan ayah kamu yang cari duit, susah payah kumpul duit semata mata nak belikan kamu motosikal untuk kegunaan kamu pergi belajar.
“Boleh pula kamu kutuk motosikal itu buruk.

“Kamu dah ada moto pun dah cukup bagus, cuba bandingkan dengan orang lain yang berjalan kaki, pakai basikal?
“Kamu langsung tidak menghormati keluarga kamu, berhenti sahajalah belajar dan pergi kerja sahaja,” tutupnya.
@nicholaschong2206 Harap jangan susahkan family , ikut kemampuan , Kalau rasa I ada salah cakap , i boleh delete video ni #nicholasbebel #nicholascfmoto #wmoto #xtreme #nvx #yamaha #fyp #fypシ #viral