Warganet sebelum ini gempar dengan berita seorang remaja lelaki bernama Adi Putra Yusri, yang dilaporkan hilang oleh keluarganya sendiri.
Keluarga remaja tersebut menegaskan bahawa remaja lelaki yang berusia 17 tahun tersebut – Adi Putra Yusri -telah gagal dikesan dan menghilang sejak 7 hari yang lalu.
Lantas mereka meminta bantuan orang ramai untuk membantu mencari Adi Putra Yusri. Kerana risau kalau ada perkara yang tidak diingini berlaku ke atasnya.
Keluarga remaja itu turut membuat laporan polis berkenaan orang hilang sejak 11 Julai yang lalu. Dan berharap Adi Putra Yusri, segera ditemui atau pulang.
Dan selepas itu, remaja tersebut sebenarnya bukan hilang tetapi berada di rumah rakannya di Kampung Merual, Seri Menanti yang terletak kira-kira 13 kilometer dari rumahnya.
Perkara itu disahkan sendiri oleh PDRM dan keluarga Adi Putra Yusri.
Adi Putra Yusri memutuskan tidur di rumah kawannya selama seminggu, dan bukannya hilang ke tempat lain. Berita itu melegakan keluarganya yang benar benar risau tentang keselamatan anak remaja mereka itu.
Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd Gani berkata mengesahkan bahawa Muhammad Adi Putra Yusri, 17 sudah pun kembali semula ke rumah keluarganya di Ampang Tinggi.
Dia kembali semula ke rumah keluarganya pada tengah malam kelmarin.
Polis juga menyatakan bahawa remaja tersebut pulang dalam keadaan selamat tidak tidak mengalami sebarang kecederaan – menurut sumber Harian Metro.
Netizen menasihati Adi Putra Yusri, lain kali hantar teks kepada keluarga jika mahu ‘healing’ di rumah kawan.
#KualaPilah Remaja lelaki yang dilaporkan hilang sejak 11 Julai lalu sudah pulang ke rumah keluarganya di Ampang Tinggi, Tanjung Ipoh, di sini, tengah malam tadi dalam keadaan selamat. https://t.co/E5U0JIVX5J
— Harian Metro (@hmetromy) July 17, 2024