Satu video tular di X, menunjukkan seorang kanak kanak mengalami halusinasi dipercayai kerana kesan daripada menghisap vape berperisa magic mushroom.

Kanak kanak tersebut kelihatan mengalami kesan yang teruk daripada vape tersebut.

Ada yang menganggap kanak kanak tersebut kelihatan sudah berdepan dengan masalah sakit jiwa kerana pengambilan vape mushroom tersebut.

Seorang ustaz di situ menyatakan bahawa, kanak kanak tersebut boleh dikatakan sudah semakin ok kerana dah tak mencederakan diri sendiri.

Sambil beliau berkata: “Ni siapa nak jaga kalau dah macam ni.”

Menurut ustaz di situ lagi, sekarang ini semakin mudah untuk kanak kanak mendapatkan produk tersebut.

Di ruangan komen netizen ramai yang simpati dan berharap perkara ini akan dibendung oleh pihak berkuasa dan masyarakat.

Seorang lagi netizen pernah ‘membantai’ adiknya yang tertangkap menghisap vape perisah mushroom ini. Dan dia sendiri akui kesannya sangat teruk kepada adiknya. Di mana ianya membuatkan adiknya khayal dan bercakap seorang diri.

“Tolong jangan jual atau menghisap produk ini,” kata netizen tersebut lagi.

Ada juga yang mempersoalkan kesahihan video tersebut. Seorang pengguna X mengesahkan tempat tersebut adalah Pusat Pemulihan Nur Al Barakah Sufi di Kedah. Dia pusat pemulihan tersebut sudah banyak membantu mereka yang ketagih dadah pulih daripada ketagihan mereka.

Pada Julai lalu, Buletin TV3 melaporkan, seorang pelajar tingkatan 4 di Kemaman, Terengganu, telah ditemui dalam keadaan sawan. Pelajar tersebut membuatkan rakan rakannya yang lain cemas apabila dia sawan sehingga tak sedarkan diri.

Kejadian itu berlaku di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kemaman, Terengganu.

Menurut sumber Buletin TV3, pelajar tersebut dipercayai mengalami sawan tersebut setelah menghisap rokok elektronik atau vape jenis ‘magic mushroom’ secara berlebihan.

Rakan pelajar yang lain yang melihat pelajar tersebut sawan telah memaklumkan kepada guru kira kira 10.30 pagi dalam kejadian yang berlaku pada pagi Isnin.

Pelajar berusia 16 tahun itu segera dibawa ke klinik berdekatan oleh ahli keluarga terdekatnya untuk menerima rawatan. Dan mangsa seterusnya dirujuk kepada unit kecemasan Hospital Terengganu.

Dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati bahawa mangsa mengalami sawan kritikal akibat pengambilan perisa bahan kimia yang berbahaya itu secara berlebihan.

Gejala hisap rokok elektronik dan vape di kalangan pelajar sekolah kian merisaukan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tidak kira pelajar lelaki atau perempuan.

Ini kerana pengaruh daripada trend yang dibawa oleh pempengaruh dan pengaruh rakan sebaya membuatkan pelajar pelajar sekolah menganggap ianya satu gaya hidup yang ‘cool’.

Sumber menyatakan bahawa gejala hisap vape di sekolah tersebut semakin meruncing sejak 3 tahun yang lalu dan ianya berada di tahap yang membimbangkan.