Bermula 1 April ini, pelajar sekolah memandu boleh mengambil ujian mereka bersendirian (eTesting) di dalam kereta mereka manakala pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memantau prestasi mereka dari jauh melalui sistem pengesanan elektronik.

Muhammad Ridzwan Chum Abdullah menjadi individu pertama di Malaysia yang mendapat Lesen ‘P’ eTesting JPJ pada hari semalam.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Semasa mengambil ujian itu, beliau ditemani Menteri Pengangkutan, Anthony Loke duduk di bahagian penumpang hadapan. Turut ditemani beberapa pegawai tertinggi JPJ di penumpang belakang — sebagai simbolik perasmian eTesting JPJ tersebut.

@surfinehitech

“Akak yakin kau akan famous satu hari nanti, 1 KL kenal kau”.. Tahniahhh! #etesting #surfinehitechhululangat #calonetesting

♬ Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan

Menurut Anthony Loke, solusi sistem ini adalah sebahagian daripada usaha memerangi rasuah.

Pada masa sama sistem tersebut membolehkan lebih ramai calon diuji berbanding sistem ujian sedia ada iaitu kira-kira 150 calon pada satu hari.

Malah, beliau berkata, jumlah pegawai penilai JPJ yang bertugas di satu institut memandu juga boleh dikurangkan kepada dua orang berbanding enam orang ketika ini.

Tambah beliau,  institut memandu boleh mengenakan caj maksimum RM100 bagi penggunaan sistem tersebut, petik Berita Harian.

Sementara pelajar yang memilih pengujian eTesting pula boleh menjalani percubaan kali kedua bagi elemen ujian yang gagal pada hari sama tanpa kos tambahan.

Calon ujian juga akan diberikan keutamaan dalam senarai tempahan ujian selain mendapat rebat RM10 bagi pengeluaran lesen percubaan.

Projek perintis eTesting dimulakan di tiga institut memandu di IM Surfine Hitech, Hulu Langat, Selangor; Pusat Latihan Memandu Berjaya, Ulu Tiram, Johor dan Institut Lima Bintang Abadi, Pulau Pinang.

Kemudian eTesting itu akan dikembangkan ke semua institusi di seluruh negara dalam tempoh enam tahun akan datang.

Anthony Loke percaya sistem itu dapat meningkatkan integriti, pengeluaran lesen memandu, memudahkan proses auditan dan pemantauan aktiviti ujian secara elektronik.