Seorang remaja dengan masalah pembelajaran dari Ireland dilaporkan hilang di Seremban semalam. Nora Quoirin yang berusia 15 tahun tiba di Malaysia Sabtu lalu untuk bercuti bersama keluarga selama dua minggu. Keluarga Nora dilaporkan menginap di Resort The Dusun Pantai Hill.
https://www.instagram.com/p/B0w7-zeJIHR/?igshid=uk4gujc063cl
Menurut posting yang dimuat naik di Facebook bapa saudara Nora, Michael Agnew memberitahu anak saudaranya yang berusia 15 tahun itu didapati hilang semenjak semalam. Menurut laporan polis daerah Nilai, pihak resort melaporkan kehilangan Nora pada jam 1:30 petang Ahad lalu.
Menurut laporan daripada Bernama, misi mencari seorang remaja perempuan warga Ireland yang memasuki hari kedua hari ini diteruskan dengan tambahan sebanyak 40 anggota daripada platun Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Cheras.
Ini sekali gus menjadikan jumlah anggota yang terlibat mencari mangsa yang dikenali sebagai Nora Anne Quoririn, 15, yang dilaporkan hilang dari sebuah resort di Seremban semalam, sebanyak 159 anggota.
Setakat ini misi pencarian mangsa turut dibantu oleh pihak polis, bomba dan unit anjing pengesan (K9) dari Ibu Pejabat Polis Kontingen Negeri Sembilan. Anda yang mempunyai sebarang info boleh membuat laporan di balai polis berdekatan.