Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat mendedahkan tokan dadah dikesan menggunakan taktik baharu dengan menunjukkan kemewahan kepada remaja dalam usaha merekrut mangsa untuk dijadikan ‘pusher’ mereka.

Memetik Buletin TV3, pihak polis Kelantan mempunyai maklumat berkaitan taktik baharu itu.

Baca Juga:

“Situasi sekarang remaja jadikan tokan dadah sebagai idola kerana teruja dengan kemewahan yang ditunjukkan kumpulan berkenaan.

“Itu sebenarnya taktik tokan dadah ini, mereka akan tunjukkan gaya hidup mewah, tunjuk kereta mewah dan rumah besar berjuta-juta. Selepas itu tokan dadah ini akan tarik remaja berkenaan untuk dijadikan ‘pusher’ atau pengedar kecil-kecilan.

“Ini yang kita bimbang dan akan berusaha mencegah supaya kumpulan remaja ini tidak terjebak dengan kegiatan dadah,” katanya ketika berucap merasmikan Program Citra Remaja Unggul di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra, hari ini.

Sumber