Kes penularan wabak COVID-19 kini meningkat dan terdapat beberapa kes individu dikesan menyalahgunakan kebenaran untuk merentas negeri atas tujuan peribadi.
Lantaran itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melakukan rondaan dan pemeriksaan dari rumah ke rumah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri ini sebagaimana yang dilaksanakan tahun lalu sebagai langkah memastikan kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dalam memutuskan rantaian wabak COVID-19 berada pada tahap baik.
Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Rahim Jaafar berkata, rondaan itu dilakukan bagi memastikan tiada mana-mana pihak ataupun individu yang dikesan merentas negeri tanpa kebenaran.
Tambahnya, pematuhan SOP ada kalanya diingkari segelintir pihak dengan mengambil peluang merentas negeri ketika cuaca yang tidak mengizinkan pihak berkuasa melakukan kawalan dan pemeriksaan. Pihak polis akan menggunakan strategi yang sama seperti tahun lalu dengan mengadakan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Apakah pendapat anda akan isu ini?
Tahukah anda bahawa SOP telah diperketat dimana kebenaran rentas negeri ‘bersebab’ hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja. Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.
SOP Diperketat, Kebenaran Rentas Negeri ‘Bersebab’ Hanya Dibenarkan Dari Isnin Hingga Khamis
Gagal Kemukakan Dokumen, Dua Lelaki Dikenakan Kompaun Selepas Cuba Merentas Negeri