Sudah bosan makan nasi lemak atau roti canai ketika sarapan pagi atau minum petang? Ingin mencuba menu yang lain daripada lain?
Terbaharu, seorang pengguna Facebook AJ Idris telah berkongsi di Facebook resipi hashbrown cheese yang mudah disediakan. Baca perkongsian beliau di bawah:
Bahan-bahan yang diperlukan:
1) 2 biji kentang saiz sederhana besar, diparut, dicuci dan diperah sampai kering.
2) Sebiji bawang merah dicincang halus.
3) ¼ cawan tepung gandum.
4) Sebiji telur.
Cara-cara untuk membuat hashbrown cheese:
1) Campurkan kesemua bahan.
2) Kemudian, masukkan garam dan lada sulah secukup rasa serta gaul sampai sebati atau melekat.
*Nota penting: kentang parut wajib betul-betul diperah hingga kering. Kalau tidak, dia akan berair dan tepung jangan banyak, nanti dia tidak jadi hashbrown.
3) Selepas itu, potong mozzarella kecil-kecil.
4) Kemudian, letakkan campuran bahan diatas telapak tangan dan letakkan mozzarella pada bahagian atas serta tutupkan dengan campuran bahan tadi.
5) Goreng selama 10 minit atau goreng sehingga warna keperangan dan siap.
Mudah sahaja rupanya untuk membuat hashbrown cheese ini dan anda boleh buat sendiri di rumah. Selamat mencuba!
Sedap juga jika makan hashbrown cheese ini dengan kentang putar. Tidak tahu cara untuk buat? Klik pautan di bawah untuk ketahui.
Resipi ‘Kentang Putar’ Ala KFC Yang Sedap Dan Mudah Disediakan
Resipi Sos Pencicah Vietnamese Spring Roll ‘Power’ Anda Kena Cuba