Seperti ramai sedia maklum, setiap pemandu perlu mematuhi undang-undang jalan raya. Hal ini perlu memastikan masalah melibatkan kemalangan dapat dielakkan.
Dalam pada itu, masih terdapat segelintir individu yang memilih untuk memandu melebihi had kelajuan yang ditetapkan. Terbaharu, tular sebuah perkongsian video yang menyaksikan seorang wanita memandu Perodua Myvi dengan kelajuan mencecah 180km/h.
Baca Juga:
- Model Axia 2023 Tersenarai Dalam ‘Pemalsuan’ Ujian Keselamatan, Ini Penjelasan Daripada Pihak Perodua
- ‘Kerana Gula, Semut Bersatu’ – Perodua Bersetuju Beli Kereta Bezza Rosak Dengan Harga Penuh
Lebih membuat para netizen seram adalah gaya pemanduannya yang dilihat tidak selamat dari segi kedudukan berdekatan stereng juga serta cara wanita ini memegang stereng yang dilihat kurang kukuh.
Kalau macam ni,
dduk sbelah nak lelap kejap pun takut 😭 pic.twitter.com/uFEir81hxR
— ًِ (@bckupacc99) January 18, 2024
Video yang tular ini telah menarik perhatian ramai tidak hanya kerana kelajuannya, malah model kereta serta cara pemanduannya yang dilabel sebagai ‘resipi untuk menempah maut’.
Hal ini kerana Perodua Myvi merupakan sebuah kereta ekonomi dan tidak diciptakan untuk pemanduan yang pantas serta mempunyai brek yang kurang cekap pada kelajuan mencecah 180km/h.
Orang bawak Myvi ngan Bezza ni kena faham, kereta tu sangat ringan nak dibandingkan kereta lain. Bawak laju camni nanti senang je lose control. Lagi2 kalau dekat corner. https://t.co/98Rp1bBkIu
— MØhsein 🇲🇾 (@iammohsein) January 19, 2024
180km/h on an Axia with her seat position close to her chest… let’s not even talk about the hands on the steering wheel.
recipe for total disaster. https://t.co/PdJAdBHUgb
— not typical. (@JustinTWJ) January 19, 2024
Girls, Please dont drive this close to your stering wheel 😭 https://t.co/E1RKxrTHsd
— Ena (@mardhea_oi) January 19, 2024
time beli pikir nak jimat minyak, bila pakai bawak macam iblis https://t.co/tdvzFXrn7x
— certified kerapu-hater (@hrisnfal_) January 19, 2024
Sehubungan dengan itu, rata-rata mengharapkan trend membawa laju sambil merakam kelajuan kereta ini tidak menjadi ikutan bagi mengelakkan lebih ramai terjebak trend yang sama.
Selain itu, diharap orang ramai lebih peka dengan had kelajuan yang ditetapkan bagi mengelakkan daripada berlaku kemalangan yang serius.
Melihat kepada isu pemalsuan melibatkan kereta keluaran Daihatsu yang digunakan pihak Perodua, mungkin menjadi salah satu sebab lagi pengguna Perodua perlu lebih berhati-hati membawa kenderaan khususnya melibatkan kelajuan yang tinggi.