Memang tidak dinafikan, golongan pendidik pada hari ini mengambil pendekatan yang lebih santai dalam sesi pembelajaran. Namun, ada segelintir pelajar sepertinya mengambil remeh dan bersikap biadap dengan melayan seperti kawan sebaya pula.

Terbaharu,  tular di media sosial seorang pelajar memberikan komen gurauan yang agak keterlaluan terhadap seorang cikgu yang sedang mengajar semasa sesi kelas tuisyen secara online.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun TikTok @naufnl, komen pelajar tersebut menyebabkan guru yang dikenali sebagai Sir Halim atau Sir Koala itu tergamam dan memberhentikan seketika sesi pembelajarannya.

Pelajar tersebut memberi komen gurauan kasar dengan mengatakan wajah Sir Halim seakan sama dengan pegawai kanan polis yang didakwa melanggar seorang pelajar tingkatan lima sehingga maut pada baru-baru ini.

“Sir (Halim), muka Sir macam pegawai yang langgar budak SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) itu,” komen pelajar terbabit.

Susulan itu, Sir Halim yang tetap sabar dan bertindak profesional dalam menghadapi perkara tersebut telah memberi sedikit nasihat buat para pelajarnya untuk menghormati seorang guru.

“Apa yang saya nak bagitahu dekat sini adalah benda yang paling penting tentang hormat. Bagi saya ‘respect is to be earned, not to be given’.

“Kita ada ramai pelajar yang bersama dengan kita, saya jenis yang tak takut untuk sebut nama pelajar, saya takut nanti bila saya sebut nama awak, awak malu.

“Nanti bila awak malu, awak akan tertekan dan tak akan belajar, lepas itu awak akan anxiety dan pada akhirnya awak akan meninggal dunia sebagai ‘failure’,” kata Sir Halim.

@naufnl

“Respect is to be earned, not to be given” – sir halim/ sir koala #form3 #uasa #kssm #upsa #pt3 #mcplus #plusianfluencer #sirhalim

♬ original sound – naufnl – naufnl

Dalam pada itu, Sir Halim turut mempersoal kepada pelajar terbabit sama ada berbaloi atau tidak untuk dia bersikap biadap terhadapnya sebegitu.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersetuju dengan nasihat yang diberikan oleh guru berkenaan.

Sumner Gambar: TikTok @naufnl
Sumner Gambar: TikTok @naufnl

Malah mereka turut menyatakan bahawa pelajar terbabit tidak sepatutnya melakukan gurauan sebegitu kerana adab dalam menuntut ilmu harus dijaga.