Selebriti Fazura ataupun Nur Fazura Sharifuddin memberikan respon kepada kenyataan Neelofa baru baru ini.

Fazura akui terkejut ketika mendengar Neelofa mahu menamatkan sengketa antara mereka yang sudah belarutan sehingga 13 tahun.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Neelofa Mahu Tamatkan Sengketa 13 Tahun Dengan Fazura

Menurutnya, antara dia dan Neelofa tiada sengketa atau perang dingin. Cuma mereka tidak berkawan. Ketika ini Fazura akan mengutamakan izin suaminya, Fattah Amin dalam memilih dengan siapa dia berkawan.

Neelofa mahu tamatkan sengketa

Baru baru ini Neelofa bercakap kepada wartawan secara terbuka bahawa dia mahu menamatkan persengketaan dia dengan Fazura. Sambil menegaskan bahawa dia sedia bersemuka 4 mata dengan Fazura.

Neelofa menambah, dia yakin Fazura akan terbuka untuk menerima perdamaian tersebut.

@ohbulanofficial

Ketika ditemui OhBulan!, Neelofa, 34, berkata dia ingin meletakkan noktah kemelut bersama Fazura yang sudah masuk tahun ke-13 👀 #ohbulan #sembangentertaiment #fyp

♬ original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

Respon Fazura

Fazura memberikan respon dan dia ternyata terkejut dengan naratif perang dingin yang disampaikan oleh Neelofa. Sambil menyatakan bahawa, tidak berkawan bukan bermaksud bermusuhan.

Dipetik dari kenyataan Fazura di Instagram: “Naratif “Perang Dingin” yang digembar-gemburkan ini juga tidak betul dan tidak pasti niatnya apa.”

“Sama juga seperti orang lain, Faz berhak menentukan dengan siapa Faz sesuai berkawan. Tidak berkawan, tidak semestinya memusuhi. Kini, izin suami dengan siapa Faz wajar berkawan juga wajib diberikan keutamaan.”

Fazura dalam pada masa yang sama mendoakan agar semua orang dapat meneruskan kehidupan masing masing dalam keredhaan Allah SWT.

“Maka didoakan agar semua dapat meneruskan kehidupan masing-masing dalam keredhaan Allah SWT. Tiada guna memerah jerami untuk mendapatkan santan. Semoga kita semua dikurniakan kebahagiaan dan ketenangan di dunia akhirat.. mudah-mudahan.. Amin.”