Pempengaruh asal Kelantan, Mek Yun tampil memberikan respon kepada seorang netizen yang menyindir dan menghinanya hanya kerana dia tidak pandai berbahasa Mandarin.

Dan lebih mengejutkan, netizen tersebut menganggap Bahasa Melayu sebagai bahasa yang tidak berguna.

Seperti yang diketahui, Mek Yun adalah pempengaruh yang sentiasa menghasilkan konten dengan Bahasa Melayu atau dengan loghat Kelantan.

Membuatkan Mek Yun sangat disenangi ramai pihak dan dianggap antara influencer yang memberikan pengaruh sangat positif dalam memperkasakan bahasa kebangsaan dan perpaduan semua kaum di Malaysia.

Namun ada juga pihak yang tidak senang dengan kontennya dan menganggap dia seperti lupa diri bahawa dia orang Cina. Sambil memperlekehkan Mek Yun buat benda sia sia dengan fasih Bahasa Melayu.

Seorang netizen bernama Ah Boy Lee88 berkata: “Kamu Cina tapi tak tahu cakap Mandarin? Cakap Bahasa Melayu buat apa?

“BM tak bergunalah. Kamu mahu hidup di Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina sudah cukup.

“Orang macam ini pun nak jadi influencer? Malu lor, nenek moyang kamu tengok pun mesti nangis.”

Mek Yun tampil dengan respon pedas. Dia menyatakan sebenarnya, biasanya dia tidak layan komen daripada pembenci.

Namun apabila melibatkan nama keluarga dan nenek moyangnya, maka dia mahu memberikan respon.

Mek Yun mempertahankan dirinya. Dia menegaskan bahawa sejak dari kecil dia berkomunikasi dengan kawan kawan di tabika, tadika, sekolah dan IPT dengan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Itulah sebabnya dia tidak pandai berjalan ibundanya, Bahasa Hokkien. Namun Mek Yun tetap merasakan bahawa dia masih lagi seorang Cina.

Ini Respon Mek Yun Kepada Netizen Biadap Perlekeh Dia Berbahasa Melayu Yang Dianggap Tidak Berguna

Mek Yun menegaskan bahawa: “Pertama sekali Mek Yun dilahirkan dalam keluarga Hokkien. Jadi bahasa Ibunda Mek Yun adalah Hokkien bukannya Mandarin.

“Sejak dari tabika KEMAS, tadika, sekolah rendah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan, SBP, IPTA, Mek Yun sentiasa berkomunikasi dengan kawan kawan menggunakan bahasa Melayu dan Inggeris.

“Jadi Mek Yun tidak diajak bahasa Mandarin dan ia bukan bahasa ibunda Mek Yun.”

Kemudian Mek Yun bertanya kepada netizen tersebut: “Adakah nenek moyang Mek Yun akan malu [kerana Mek Yun tak pandai berbahasa Mandarin] atau mereka malah bangga melihat anak cucu mereka dapat hidup dengan semua kaum secara harmoni, kerana fasih berbahasa kebangsaan yang menyatukan kita semua iaitu Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu.

“Kemudian kami kata, kalau nak hidup di Malaysia, Bahasa Inggeris dan Mandarin sahaja dah cukup?

“Maaf saya tak setuju, kerana kalau nak hidup kat Malaysia yang paling penting kita kena pandai hormat orang, tahu untuk terima perbezaan.

“Dan yang paling penting kena tahu cakap Bahasa Malaysia.

“Sebab yang patut kita pelik adalah orang yang lahir dan membesar di Malaysia namun tak faham, tak fasih berbahasa Melayu. Itu yang lebih sedih sebenarnya, setuju?

“Macam awak sendiri, komen dalam BM pun tunggang terbalik, namun bermain pula nak merendah rendahkan orang soal bahasa.”

Mek Yun mengeluh dan menganggap mentaliti seperti Ah Boy ini yang mewujudkan jurang antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia.

“Sedangkan Bahasa Melayu patut menyatukan kita semua, anda semua setuju tidak?” Tutup Mek Yun.

@mekyunnnn

Korang setuju tak dengan apa yang Mekyun cakap? Haih… STOP lah dengan mentaliti macam ni sebab mentaliti macam ni lah yang sebenarnya wujudkan jurang antara kita, sedangkan Bahasa Melayu sepatutnya menyatukan kita semua.

♬ original sound – Mekyun – Mekyun