Pada minggu lalu Konsulat Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Johor Bahru mencadangkan satu kerjasama strategik dengan hospital di Malaysia bagi membolehkan jururawat dari Indonesia berkhidmat di negara ini, sekali gus menangani isu kekurangan tenaga kerja dalam sektor perubatan.

Dalam satu kenyataan dikongsikan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan beliau mengambil maklum cadangan KJRI di Johor Bahru, Sigit S. Widiyanto itu.

Baca Juga:

Menurutnya, beliau mengalu-alukan cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) untuk menjalankan kajian terperinci, dan telah mengarahkan Kementerian Kesihatan agar memberikan kerjasama penuh kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Buat masa ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meneruskan usaha untuk mengatasi kekurangan jururawat melalui pendekatan pelbagai kaedah seperti yang telah dinyatakan sebelum ini.

“Diakui, tiada jalan penyelesaian pantas bagi mengatasi situasi genting yang boleh dikatakan berpunca daripada keputusan sendiri ini (contohnya moratorium terhadap sekolah kejururawatan swasta yang telah ditarik balik pada 2024, serta tiada pengambilan baharu di ILKKM sepanjang 2 tahun pandemik).

“Apa jua hasil kajian tersebut, saya telah menegaskan bahawa ia mesti mengambil kira kepentingan rakyat, kebajikan warga kerja Kementerian Kesihatan, serta keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan kesihatan negara,” jelas beliau.

Sumber