Kecerdasan buatan seperti ChatGPT sudah menjadi satu instrumen wajib di dalam kehidupan manusia terutamanya yang sudah membesar dalam dekad 2,000-an atau celik IT.
Dari menyoal pelbagai perbincangan kritikal sehinggalah mencari inspirasi masakan baharu pun sudah menggunakan engin ChatPGT pada hari ini.
Seperti video yang dikongsikan oleh akaun TikTok @ntv7Malaysia, memperlihatkan babak satu rancangan yang mahu mencungkil bakat chef muda dalam mencipta masakan yang luar biasa.
Apabila disoal di manakah mendapat inspirasi atau idea untuk makanan yang dihidangkan kepada juri, seorang peserta dengan bersahaja menjawab ia dapat dari ChatGPT.
Pengacara yang menyoal itu pun kelihatan cuba menahan gelak selepas mendengar jawapan yang dianggap terlalu jujur walaupun di hadapan juri yang menyemak markah masakan mereka.
@ntv7malaysia Hebat adik ini, min pun tak terfikir nak cari inspirasi masakan guna chatgpt.😅 Nak tahu masakan apa yang chatgpt cadangkan untuk adik ini? 😆 Jangan lupa untuk menonton #ciptarasasihatcabaranduo pada 9 jun ini jam 8:00 malam di #didiktvkpm #ciptarasasihat #ciptarasasihatcabaranduo #didiktvkpm #ilmutanpabatasan
Video yang dimuat naik itu berjaya meraih lebih 800,000 jumlah tontonan dan dihujani komentar dari netizen yang menganggap ia sebagai sesuatu yang melucukan.
Walaupun dilihat sebagai jenaka, tidak kurang juga ada di kalngan suri rumah mendedahkan yang mereka memang menggunakan ChatGPT kerana ketandusan idea dan mungkin sudah bosan masak benda yang sama pada setiap hari.
Penggunaan ChatGPT di dalam dunia masakan bukanlah sesuatu yang asing lagi, menurut laporan sebelum ini sudah ramai chef Michelin yang menggunakan ia untuk mencipta resepi baharu dan menariknya proses penghasilan sesuatu menu sudah terbalik apabila hasil visualnya terhasil dahulu berbanding sebelumnya yang bermula dengan bahan mentah.