Di zaman yang serba moden ini, platform Kecerdasan Buatan ataupun AI seperti ChatGPT semakin menjadi pilihan masyarakat dunia untuk mencari maklumat ataupun membantu mereka dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan.

Salah seorang pengguna di laman Threads berkongsi cara untuk mana-mana individu yang mahu mencari pekerjaan baharu dalam karier mereka.

Baca Juga:

Menurutnya, platform ChatGPT boleh membantu individu yang mencari pekerjaan baharu untuk memantapkan portfolio yang boleh digunakan di laman seperti LinkedIn dan juga Indeed.

Pertama, anda boleh memasukkan jenis jawatan yang dicari dan lokasi yang berada dalam julat lokasi yang anda mahukan di bahagian carian dalam aplikasi atau laman web ChatGPT.

Kedua, ChatGPT boleh membantu anda menyesuaikan resume anda dengan kata kunci yang betul untuk pekerjaan tertentu.

Tuliskan huraian kerja ke dalam bahagian carian dan minta platform tersebut menunjukkan kemahiran dan kelayakan utama yang dicari oleh majikan.

Kemudian, gunakan ChatGPT untuk membantu anda menguraikan semula pengalaman anda agar sepadan dengan keperluan ini. Chatbot boleh mencadangkan kata kerja yang sesuai dan istilah khusus industri untuk menonjolkan resume anda.

Seterusnya, anda juga boleh mendapat maklumat mengenai latat belakang syarikat sekiranya anda diberikan peluang untuk menjalani sesi temuduga.

Langkah ini boleh membantu anda dalam mempersiapkan diri dan meluaskan lagi pengetahuan anda mengenai syarikat tersebut.

Akhir sekali, anda juga boleh menambah ilmu atau belajar perkara baharu yang sesuai dengan apa yang diperlukan oleh industri anda atau industri baharu menerusi ChatGPT.

Apa yang paling penting, ChatGPT adalah satu alat untuk anda mencari pekerjaan baharu dan tidak boleh dijadikan sebagai sandaran penuh ketika anda melaksanakan tugas atau membuat keputusan penting berkaitan pekerjaan.