Selain sushi, ramen adalah makanan Jepun yang popular dalam kalangan masyarakat seluruh dunia. Bersempena dengan hari kekasih yang bakal tiba, restoran Kourakuen tampil dengan menu yang unik dan istimewa.

Menariknya ramen yang ditampilkan adalah ramen tersebut ditambah dengan bahan istimewa utama iaitu coklat. Menu tersebut merupakan kombinasi shoyu (sos soya), sedikit minyak koko dan coklat bar.

Harga untuk ramen coklat ini adalah 520 JPY (~RM19) dan boleh didapati di restoran Kourakuen yang terletak di Hokkaido, Jepun. Adakah anda ingin merasai keunikkan ramen coklat yang dikatakan sebagai simbol cinta ini?