Dalam satu operasi bersepadu sebuah restoran nasi kandar di Butterworth di arah tutup selepas didapati keadaaan kebersihannya yang berada di tahap membimbangkan.

Memetik hantaran rasmi, operasi itu diketuai oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP), dengan kerjasama Direktorat Penguatkuasaan MBSP dan Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara (PKD SPU).

Baca Juga:

Empat tindakan di ambil ke atas restoran tersebut.

Sebuah Restoran Nasi Kandar Di Butterworth Diarah Tutup, Dikompaun RM4,000
Sumber Gambar: Facebook Majlis Bandaraya Seberang Perai

“Penutupan premis serta-merta di bawah Akta Makanan 1983, yang dikeluarkan oleh PKD SPU setelah mendapati tahap kebersihan premis berada di tahap membimbangkan.

“1 kompaun RM1,000 turut dikenakan atas kesalahan kebersihan yang melanggar peruntukan di bawah akta yang sama.

“1 kompaun RM1,000 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 kerana kegagalan premis memasang perangkap minyak, yang boleh mencemarkan sistem perparitan awam.

“2 kompaun sebanyak RM1,000 serta 2 notis atas kesalahan meletakkan halangan di tempat awam dan kegagalan mengemukakan visa pekerja asing yang sah,” kata MBSP.

Tegasnya lagi, tindakan penguatkuasaan akan terus diperhebat bagi mengekang premis yang gagal mematuhi peraturan.

Semua pengusaha premis makanan diingatkan agar sentiasa mematuhi undang-undang berkaitan dan memastikan premis sentiasa bersih, selamat dan mematuhi standard yang ditetapkan demi kesejahteraan masyarakat.