Hari ini bermulalah gangguan air berjadual selama empat hari di bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembaikan di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.
Hampir 600,0000 penduduk setempat dilaporkan terjejas dengan gangguan tersebut. Termasuklah, beberapa restoran nasi kandar popular. Banyak yang cenderung menutup perniagaan atau hanya membenarkan pesanan bawa pulang, lapor Harian Metro.
Baca Juga:
- Hampir 600,000 Penduduk Pulau Pinang Bakal Berdepan Gangguan Air Berjadual Selama Empat Hari Bermula Esok
- ‘Peniaga Ayam Di Pulau Pinang Berebut Jual Dengan Harga Rendah’ – KPDN
- ‘McDonald’s Malaysia Tidak Sumbang Kepada Israel, Usah Boikot’- Mufti Pulau Pinang
Menurut Pengurus Restoran Deen’s Maju Nasi Kandar, Mohamed Ismail Seeni Mohamed, berkata ini kali pertama pihaknya terpaksa ‘bercuti’ buat sementara waktu disebabkan masalah bekalan air dan menjangka kehilangan perolehan jualan mencecah RM50,000.
“Kami perlu banyak air misalnya untuk mencuci kira-kira 150 ayam dan 200 kilogram beras setiap hari tidak termasuk untuk mencuci peralatan dan kegunaan pelanggan.
“Kalau buka juga, kami takut timbul pelbagai masalah kerana kami sendiri tidak pasti berapa banyak air yang perlu disimpan dalam tempoh tersebut.
“Kepada semua peminat Deen’s Maju, kami minta maaf terpaksa tutup empat hari bermula jam 9.30 malam ini,” kata Mohamed Ismail.
Mankala Pengurus Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang, Mohammad Uvas Mohammad Jamil, pula berkata pihaknya awal-awal lagi membuat keputusan untuk menghentikan operasi sejak pengumuman isu gangguan air oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), 8 Disember lalu.
“Kami fikir punya fikir, rasa macam susah nak simpan air. Jadi kami bagi semua 15 pekerja cuti bermula esok sampai Ahad ini. Jadi tak perlu pening kepala macam mana nak buat kalau tiada air nanti.
“Tak apalah nak buat macam mana walaupun kami jangka hilang pendapatan cecah RM30,000. Hari biasa, kalau tiada masalah, kami buka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 8 malam kecuali hari raya,” katanya.
Manakala wakil pengurusan Restoran Hameediyah, Shazwani Abdul Rahim berkata pihaknya sanggup membelanjakan RM18,000 untuk menyewa 30 tangki air dengan kos RM600 setiap satu daripada syarikat swasta untuk kegunaan restoran cawangan di Lebuh Campbell, di sini.
“Ketika ini, kesemua tangki dengan kapasiti 300 liter setiap satu sudah penuh diisi air. Kami telah merancang selama kira-kira dua minggu dan buat masa ini memutuskan hanya menerima pesanan untuk bawa pulang,” katanya.
6.Tea Kadai
Address: 68, Lebuh Queen, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang, Malaysia
Operation Hour: 1pm – 10pm
kedai ni kedai india-muslim ampa kena try tea dia. betoi2 punya tea india wey tak sama nah macam tea thailand ni lain rasa dia yang suka minum tea boleh p try pic.twitter.com/s4cpJS2nal— Faezah🐰 (@faeyzapatpoii) July 2, 2020
Dalam pada itu, pemilik kafe Tea Kadai di Lebuh Queen, Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan, berkata pihaknya akan menggunakan bekas minuman dan makanan pakai buang dan akan menggunakan air mineral sepanjang tempoh tersebut.
“Kami mendapati harga sekotak air mineral yang biasanya dibeli pada harga RM9.50 naik kepada RM10.50 minggu ini disebabkan permintaan tinggi.
“Kami juga sudah mula mengedarkan 2,000 botol air berisipadu 1,500 milliter setiap satu secara percuma bukan sahaja kepada pelanggan malah kepada orang ramai khas sempena peristiwa gangguan air ini,” katanya.
Terdahulu, kerja baik pulih LRA Sungai Dua dilaporkan akan mengambil masa sehari. Bekalan air akan pulih semula secara berperingkat seperti biasa antara 48 jam hingga 96 jam.