Penerbit digital terkemuka negara, REV Media Group (REV) terus membuktikan dominasinya dalam industri media digital tempatan apabila merangkul tujuh anugerah berprestij di Malaysian Digital Association’s (MDA) d’Awards 2025.

Lebih manis, REV juga telah membawa pulang dua penghormatan tertinggi iaitu Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini dan Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini, kategori baharu yang diperkenalkan tahun ini.

Baca Juga:

Pengiktirafan ini memperkukuh lagi kedudukan REV sebagai peneraju dalam landskap media digital Malaysia.

Kejayaan manis ini menjadi bukti dedikasi REV dalam memperkasa mutu editorial serta kebolehan dalam menghasilkan penceritaan berjenama yang relevan dan memberi impak.

Anugerah Agensi Kandungan Terbaik Tahun Ini pula menyerlahkan keupayaan REV dalam melaksanakan kempen-kempen berimpak tinggi merentasi pelbagai saluran seperti digital, sosial dan video menerusi strategi pemasaran kandungan yang menyeluruh dan bersepadu.

REV Media Group

Selain dua anugerah utama tersebut, REV turut meraih lima anugerah Gangsa dalam kategori berikut:

1) Penggunaan Terbaik AI

2) Produk Teknologi Digital Lain

3) Penggunaan Terbaik Kandungan / Advertorial / Pengiklanan Asli

4) Penggunaan Terbaik Inovasi Pemasaran Digital

5) Penggunaan Terbaik Platform Media Sosial

REV Media Group
Samuel Wee

Kejayaan Bermakna Buat REV Media Group

“Kemenangan tahun ini amat bermakna,” kata Ketua Pegawai Eksekutif REV Media Group, Samuel Wee.

“Kami berbesar hati diiktiraf atas kerja yang kami lakukan sebagai penerbit, tetapi juga atas evolusi kami menjadi agensi kandungan yang boleh menyampaikan kecemerlangan kreatif dan impak perniagaan untuk pelanggan kami.”

Tambah beliau, kemenangan ini adalah bukti kepada ketabahan, kreativiti dan disiplin seluruh pasukan REV yang terus memberi komitmen tinggi dalam menghasilkan kandungan berkualiti.

Untuk rekod, REV seeblum ini turut mencipta sejarah apabila memenangi tujuh anugerah pada d’Awards 2024, termasuk gelaran Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini.

Mereka juga pernah menerima pengiktirafan pada tahun 2023 menerusi platform pilihan raya MyUndi serta inovasi kandungan sosial.

Dengan kemenangan tahun ini, REV terus mengukuhkan reputasinya sebagai pemain utama industri dalam bidang penerbitan digital dan kandungan berjenama.