REV Media Group (RMG) yang sebelum ini dikenali sebagai Media Prima Digital sekali lagi dianugerahkan Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini oleh d Awards 2020, Persatuan Digital Malaysia (MDA), sekali gus membawa pulang anugerah emas dua tahun berturut-turut.
Pada edisi d Awards yang lalu, RMG memenangi anugerah sama sejak kategori itu diperkenalkan buat pertama kali pada 2019, menjadikan RMG pemenang tunggal kategori itu setakat ini.
Rev Media Group bags Best #Digital #Publisher of the Year again https://t.co/N9J2W4OwQC#media #award #TMRNews #TMRPhoto
— The Malaysian Reserve (@TMReserve) April 17, 2021
d Awards dianjurkan oleh Malaysian Digital Association (MDA) adalah anugerah untuk mengiktiraf bakat, agensi, jenama, penerbit dan pengendali servis digital dalam penggunaan teknologi digital.
Selain itu, RMG juga dinobatkan peraih anugerah perak bagi Penggunaan Data Terbaik dan menjadi calon finalis bagi kategori Penggunaan Media Sosial Terbaik tahun ini untuk kempennya dengan Ecoworld berjudul Shaping Opinions Through The Opinions Of Others.
Ketua Pegawai Eksekutif RMG, Rafiq Razali berkata, pihaknya sangat berbesar hati atas segala usaha kumpulan dalam menyampaikan kandungan dan penyelesaian yang terbaik di seluruh platform mendapat perhatian pemimpin industri.
“Penganugerahan Penerbit Digital Terbaik Tahun Ini buat kali kedua berturut-turut membuktikan komitmen dan konsistensi kumpulan ke arah mencapai matlamat perniagaan kami,” katanya dalam satu kenyataan.
Berikut adalah beberapa kejayaan RMG yang lain. Baca lagi pada pautan di bawah.
REV Media Group Jalin Kerjasama Perkukuh E-Sukan Bersama UiTM
Media Prima Untung Bersih RM18.1 Juta Untuk Suku Tahun Keempat 2020