Syarikat Media Digital terkemuka, REV Media Group (REV), telah muncul sebagai pemenang dalam beberapa kategori baru sekali gus menunjukkan kekuatannya dalam inovasi teknologi digital dan pemasaran di MDA d Awards 2023, pada Jumaat lalu.
Kemenangan tersebut juga telah mengukuhkan kedudukan REV sebagai peneraju industri, menunjukkan komitmen mereka untuk terus maju ke hadapan dan meneroka sempadan baru.
Baca Juga:
- REV Media Group Perkenalkan REV ID, Mudahkan Pemasaran Dengan Data Melalui ‘Digital Out Of Home’
- Mudah Dan Memuaskan, REV Ad Manager Buka Peluang Bantu Promosi Perniagaan Tempatan
- Mahu Bantu Usahawan Tempatan, REV Media Group Dilantik Sebagai Rakan Strategik Platform Digital MyMall
Antara pencapaian terbaik yang diterima adalah sebagai Best Digital Tech Product (Emas) untuk MyUndi, produk teknologi digital inovatif yang merevolusikan penyertaan warganegara dalam proses demokrasi.
Membawa ‘Holistic Digital Experience for GE15’ sebagai tajuk, pengalaman pengguna MyUndi yang lancar memberi peluang kepada individu untuk terlibat seperti sebelumnya, seterusnya menjadikan REV sebagai peneraju utama dalam memanfaatkan teknologi untuk pemerkasaan warganegara.
Manakala, kolaborasi REV dengan SAYS dan Wiki Impact membawa kepada kemenangan dalam kategori Best Use of Digital Marketing Innovation – Non-profit/Pro-bono Campaign (Emas).
Kempen yang berjudul “Shining a Spotlight on Everyday Malaysians,” menggunakan pemasaran digital dengan berkesan untuk meningkatkan kesedaran dan mendorong perubahan positif, membuktikan komitmen REV untuk memberi impak yang bermakna melangkaui platform digital mereka.
REV Media Group juga memperoleh anugerah Perak dalam kategori Best Digital Publisher of the Year yang sangat kompetitif, menekankan dedikasi mereka untuk memperjuangkan evolusi data dan kandungan.
Selain itu, kempen Grabfood 5-Star menjadikan REV membawa pulang anugerah Perak untuk Best Use of Data. Kerjasama REV dengan IKEA juga membawa kepada kemenangan Perak untuk Best Use of Mobile.
Akhir sekali, Ledwina In Jia Fang, Ketua Spark di REV Media Group turut membawa pulang pingat perak untuk Digital Person of the Year.
Samuel Wee, Ketua Pegawai Eksekutif di REV Media Group, mengulas tentang evolusi dan komitmen berterusan mereka terhadap inovasi, dengan menyatakan, “Kemenangan dalam kategori baharu ini mempamerkan keazaman kami untuk memberi impak positif melalui teknologi dan pemasaran. Kami tetap teguh dalam usaha kami untuk mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju dalam industri dan meningkatkan inisiatif ESG kami.”
Pencapaian luar biasa REV Media Group mencerminkan ketahanan, kepintaran, dan usaha mereka yang tidak berbelah bahagi untuk mencapai kecemerlangan.