Tandom Hill Resort merupakan antara lokasi yang semakin menjadi pilihan bagi mereka yang ingin lari dari kesibukan kota di hujung minggu.
Resort yang terletak di Banting ini menjadi tumpuan disebabkan lokasinya yang tidak jauh dari Kuala Lumpur. Harga berpatutan serta turut menyediakan rumah penginapan menjadikan ianya satu lokasi yang berbaloi untuk dikunjungi.
Berikutan ini, saya berpeluang mendapatkan review serta tips daripada Cik Nadirah Bt Pazaer yang telah berkunjung ke resort ini selama 2 hari 1 malam baru-baru ini.
Jom kita mulakan.






Bajet hangus: kurang dari RM170/pax
Details
Minyak (Viva Auto): RM80 pergi balik
Route: Dari Manjung-Setia Alam-Kelana Jaya-Damansara-Banting
Balik Banting-Kelana Jaya-Setia Alam-Manjung
Tol: RM20 approximate
Penginapan di Gendui Chalet (max 1 chalet 4 orang): RM320 (ie RM80/orang)
Sarapan (buffet): RM15/pax
Tadom Base activity (ATV): RM38
Perjalanan dari Manjung, Perak bermula pada jam 9 pagi ikut jalan Kuala Selangor tapi sebab banyak menyinggah dan sesat nak cari jalan masuk Tadom Hill maka dalam 3.45 petang baru sampai.
Details
Check In 3pm
Check Out 12pm
Tadom Hill tutup hari Isnin
Kami sesat sebab terlepas dia punya jalan masuk. Yang mana nak pergi tu nanti bila Waze cakap dah nak sampai. Belah kiri korang ada car wash tau, kena masuk ikut laluan tepi car wash tu.
Agak tak perasan dengan buluh warna ungu,hijau yang diorang letak tepi jalan tu sebenarnya. Slow slow okay, Good Luck!
Masa kami sampai tu dah ada group yang nak balik dah tapi masih ramai yang berendam dalam tasik.
Details
Day Pass (untuk weekday. Weekend punya aku tak tau)
Fee masuk: RM20 sehari
Tasik tutup jam 6.30 petang
Lepas simpan barang terus pakai life jacket (wajib) dan debush masuk air! Kitorang tak reti berenang jadi mula-mula tu macam segan-segan nak masuk air.
Tasik ni kalau tak silap kedalaman dia 20 kaki lepas dengar abang yang jaga tu cerita. Ada rakit diorang sediakan tapi kena kongsi-kongsi sebab tak banyak.
Ada tempat terjun yang macam platform (ketinggian dia 10m tak silap) dan yang bergayut tu.
Aku pikir bila lagi nak cuba kan? Aku redah je dua-dua tu sampai 4-5 kali terjun. Aku syak otak aku tak berfungsi sangat masa tu. Hahahaha.
Video gayut
Terbang tinggi #shorttrip #tadomhillresorts
Video masa senja
Then which favours of your lord will you deny Ar-Rahman : 13 #tadomhillresorts #shorttrip
A video posted by nadirahpazaer (@nadirahpzr) on
Tempat dia sangat chill, bersih, beautiful landskap dan dekat dengan alam. Banyak elemen buluh. Ada beberapa jenis tempat menginap dekat sini:
1. Gendui Chalet (yang aku pilih)
2. Hammock (macam buaian)
3. Khemah (boleh pilih tepi tasik ATAU dalam taman dan harga berbeza)
4. Bamboo Hut (macam konsep dorm)
Ada beberapa kemudahan yang disediakan seperti:
1. Locker (untuk yang balik hari)
2. Dewan
3. Cafe
4. BBQ pit
5. Sewa tikar
Baca: 9 Resort Atas Air Dengan Suasana Romantis Untuk Bulan Madu Di Malaysia







Suasana dia sangat friendly, staff dia kebanyakan budak muda (orang asli aku rasa) dan sangatlah friendly!
Siap tolong ambik gambar, ambik video. Diorang layan je sambilbuat lawak sengal. Hahaha.
Korang kena rujuk website dia untuk rate harga sebab harga dia berbeza ikut tempat penginapan dan masa.
Weekend dan public holiday rate tinggi sikit berbanding weekday. Aku book hari tu pun kat website je lepas tu diorang balas melalui email. Fast respond!
Dan aku sangat galakkan kalau korang datang pada WEEKDAY untuk privacy.
Personally aku suka semua benda.
Details lain ada pada gambar. Link video ada kat atas kalau nak layan.




Tips Jimat
1. Kalau tinggal sekitar KL memang dah boleh jimat minyak kat situ
2. Bawa bekal makanan sendiri (kitorang bawak spagethi/keropok lekor/nugget)
3. Kongsi 4 orang kalau nak tidur di chalet
4. Pilih tempat tidur yang murah macam hammock atau khemah
Lokasi menarik di sekitar Tandom Hill Resort
Kalau korang menginap lama dan tak tau nak buat apa lagi, area Banting ni sebenarnya banyak juga tempat best macam:
1. Paya Indah Wetland (boleh tengok badak/buaya dan binatang lain. Masuk percuma)
2. Kilang Ros kerepek (ni memang syurga wey)
4. Bukit Jugra (ni macam jauh sikit)
Aku rancang nak tidur 1 malam dekat Tadom dan 1 malam dalam Paya Indah Wetland tapi keadaan masa tak mengizinkan. Next time insyaAllah.
Baca lagi: 7 Resort Dengan Kolam Renang Di Selangor Untuk Percutian Beramai-Ramai
Adakah selepas baca review ni anda terasa nak ke Tandom Hill Resort ni? Bagi saya ye. Macam menarik dan menyeronokkan pulak terutama part bergayut tu. Hehe.