Sebut mengenai Ali Puteh, pastinya ramai sedia maklum mengenai kes beliau bersama balu arwah Abam di mana beliau terbeban dengan hutang bagi membayar saman fitnah.

Beliau sebelum ini turut memaklumkan tidak lagi menerima job di stesen televisyen membuatkan beliau mengalami masalah kewangan untuk membayar saman.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Usaha beliau untuk menjual sambal nampaknya mulai menunjukkan hasil apabila sambal hijau beliau berjaya meraih jumlah pembeli yang ramai berikutan rasanya yang enak.

Dalam pada itu, Ali Puteh baru-baru ini sekali lagi diuji oleh segelintir netizen apabila terdapat individu yang mempersoal kepada beliau isu keberkatan rezeki yang diperoleh beliau.

@deli_ahmad

GARA2 MULUT PUAKA NETIZEN ALI PUTEH MENGAMUK DALAM LIVE.. #aliputeh #fyp #angry

♬ original sound – Daily Ahmad – Daily Ahmad

Persoalan tersebut secara tidak langsung membuatkan Ali Puteh berang serta mempersoal kembali individu berkenaan sewaktu memasak sambal hijau daripada jenama beliau sendiri.

“Dia cakap rezeki tak berkat, rezeki kepala bapak dia. Orang niaga elok-elok pandai je kata rezeki tak berkat. Ajak tekan kotak tergaru-garu telur bapak kau takut.

Saya bukan jual babi dekat depan ni. Saya jual sambal,” luah Ali Puteh dengan nada yang marah.

Ali Puteh memaklumkan beliau hanya mampu berusaha dan menyerahkan segalanya kepada Allah dan yang menentukan keberkatan rezeki beliau hanyalah Allah.

Live Ali Puteh ini turut dikongsikan semula oleh pengguna TikTok yang lain di mana telah mendapat perhatian netizen yang lain. Terdapat netizen yang bersimpati denga nasib yang dilalui Ali Puteh dan terdapat juga netizen yang mengecam tindakannya.

Sumber: TikTok @Deli_Ahmad
Sumber: TikTok @Deli_Ahmad

Selain itu, terdapat juga netizen yang mendakwa apa yang dilakukan beliau hanyalah sekadar marketing.

Menerusi semakan di TikTok Shop Ali Puteh, sambal yang dihasilkan dan dijual beliau sudah berjaya terjual lebih 5,000 unit pada platform berkenaan sejak mulai ditawarkan.