Isu pembuli jalanan seperti tiada titik noktahnya apabila wujud segelintir pengguna jalan raya yang hanya mahu ikut telunjuk mereka sahaja dan pilih guna kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Baru-baru ini, tular di media sosial berkenaan sebuah video yang memperlihatkan gelagat seorang penunggang motosikal yang mengacah untuk merosakkan cermin sisi kereta yang berdekatan dengannya.

Di dalam video itu, lelaki itu sengaja menghayunkan kaki dan tangan seolah-olah mahu memecahkan cermin sisi kereta yang mendekati motornya.

Motif lelaki itu dipercayai mahu menakutkan-nakutkan pengguna jalan raya lain yang mahu membelok meskipun tiada sebab yang kukuh untuk berbuat sedemikian

Susulan penularan video tersebut, netizen mengecam tindakan individu terbabit yang bukan sahaja tidak beradab malah boleh membahayakan nyawanya sendiri.

Selain itu, ramai juga berharap agar individu terbabit dikenalan tindakan undang-undang sebagai pengajaran kepada orang ramai.