Demi kelangsungan hidup, ada rider sedia membuat duit sampingan dengan mengambil pesanan pelanggan secara serentak atas alasan tempat penghantaran melalui kawasan yang sama.

Praktis ini malah dikatakan sudah semakin diamalkan oleh sejumlah rider dan dipercayai masing-masing akan mengambil pesanan daripada beberapa platform penghantaran lain di luar sana.

Baru-baru ini, seorang pengguna memuat naik satu gambar memperlihatkan gelagat rider yang sanggup mengambil pesanan yang melebihi muatan untuk jenteranya menerusi Grup Lalamove Riders Community.

rider Shopee
Sumber Gambar: FB

Menerusi gambar yang dikongsikan, individu terbabit telah mengambil pesanan dua kotak berisi bahagian lampu kereta daripada jenama Depo.

Dia meletakkan sebuah kotak di dalam ruangan kotak makanan milik Shopee lalu disadarkan pada badan kerana terlalu panjang. Sementara sebuah kotak lagi pula diletakkan pada bahagian hadapan dan terjulur keluar sedikit dari jenteranya.

“Nah..Dah buat Shopee nak jugak sauk job Lala. Mendapat la kau,” komen sinis oleh penghantar asal.

Tindakan rider Shopee tersebut langsung mengundang kecaman teruk oleh netizen kerana dia sanggup membahayakan nyawanya sendiri demi meraih wang sampingan dari tugasan platform lain.

Dalam masa sama, mereka juga mengkritik perbuatan dek kerana boleh membahayakan nyawa sendiri apatah lagi orang lain jika berlaku sesuatu kemalangan.

rider shopee
Sumber Gambar: FB
rider shopee
Sumber Gambar: FB

Di kalangan rider lain, mereka juga meluahkan rasa tidak puas hati dengan fenomena ini apabila ada segelintir pelanggan yang sedia menegaskan ada rider sanggup mengambil tugasan lain luar dari aplikasi tersebut.

Hal ini sedikit sebanyak mengganggu tugas hakiki mereka yang jujur malah dipandang serong pula bila tidak memenuhi permintaan pelanggan ‘gila’ ini.