Seorang penghantar makanan Indonesia meluahkan rasa kagum apabila melihat rakyat Malaysia bersatu membantu warga Indonesia .
Menerusi hantaran TikTok @id_ojol1, bantuan diberikan tanpa henti sudah masuk hari ketiga, sejak hari Ahad lalu.
Baca Juga:
- Rakyat Indonesia Serbu Luar Negara, Malaysia Jadi Destinasi No.1

- ‘Solidariti Serumpun’ – Rakyat Malaysia Hulur Bantuan Makanan Ke Indonesia Guna Aplikasi Grab

“Respect dengan semangat rakyat Malaysia. Anda semua memang luar biasa,” katanya.
@
Menurutnya, selain ditawarkan dengan pelbagai jenis makanan, dia juga mendapat permintaan untuk diberikan bantuan kewangan.
Bagaimanapun dia tidak tahu bagaimana cara terbaik untuk menerima bantuan kewangan tersebut.
“Kami tetap bantu. Jangan bimbang kami tidak mahu saudara kami di Jakarta terjadi apa-apa. Kami sentiasa ikuti perkembangan di Jakarta.
“Malaysia-Indonesia bersaudara. Semoga kalian terus kuat dan sejahtera. Salam sayang dari Malaysia,” kata netizen Malaysia.
Sejak hujung minggu lalu, ramai rakyat Malaysia menghantar bantuan kepada rakyat Indonesia selepas gelombang protes dan rusuhan besar-besaran yang berlaku di pelbagai kawasan seperti Jakarta, Surabaya, dan Bandung.