Suasana Tambak Johor sentiasa dipenuhi dengan kenderaan yang keluar masuk dari Singapura ke Johor Bahru. Hal ini kerana ia merupakan satu fasiliti yang memudahkan orang ramai untuk bergerak selain menerusi penerbangan.

Namun,  tular sebuah video di pelbagai media sosial yang memperlihatkan bagaimana wujudnya satu kegiatan penipuan terancang yang dilakukan oleh penunggang motor dari Malaysia.

HYPE
Sempena MAHA 2024, Anda Berpeluang Menang Motosikal Setiap Hari Dengan Kempen AgroMAHA
Baca lagi →

Menerusi video tersebut, seorang rider yang dipercayai berasal dari Singapura mahu merentasi laluan Tambak Johor yang merupakan antara jalan darat yang menghubungkan Singapura dan Johor Bharu.

Sebaik melepasi sempadan itu, dia mendapati terdapat sekumpulan mat motor yang didakwa daripada Malaysia yang kelihatan mencurigakan sedang memandang ke arahnya.

Sedang santai melalui laluan di situ, sebuah motosikal telah meluru ke arahnya dengan pantas sehingga top box dibelakangnya terlanggar pada cermin sisi mangsa.

Sumber Gambar: FB

Individu terbabit lalu membuat kecoh dan dibantu oleh kawannya yang kemudian datang untuk mengepong motor mangsa. Mereka dilihat berkerjasama untuk memaksa mangsa membayar ganti rugi terhadap kerosakan yang dialami.

Tuah menyebelahi rider Singapura itu apabila dia merakam keseluruhan kejadian melalui kamera 360 yang dipasang pada motornya.

Sumber Gambar: FB

Selepas mendedahkan terdapat kamera yang merakam cubaan menipu dengan memeras duit rider tersebut, kedua-dua suspek terus meninggalkan tempat kejadian kerana kegiatan sudah terbongkar.

Perkongsian video itu terus mendapat perhatian netizen dan rata-ratanya membidas tindakan mat motor dari Malaysia yang cuba memeras duit daripada orang lain dengan taktik penipuan kotor ini.

“Report polis.. camera ada bukti,” respons seorang netizen.

“Dia memang tunggu tu.. cuba tengok 3 motor tu baik-baik. yang biker yang tengah tu tunjuk-tunjuk pada motor mangsa ni. terus dia ikut.. memang dia dah aim,” kata seorang netizen lain.

“Memalukan Malaysia saja,” ujar seorang netizen dengan nada kecewa.

Ramai meminta rider tersebut membuat laporan kepada pihak berkuasa agar adanya penguatkuasaan yang lebih ketat untuk membendung perkara sebegini.