Berbuat baik sudah terpahat di dalam setiap rakyat Malaysia. Boleh dikatakan sesiapa sahaja sanggup menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa atau agama jika ditimpa musibah.
Perkara ini terbukti ini apabila tular sebuah video yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @syean_77 memaparkan kebaikan seorang rider membantu sebuah kereta MPV yang gagal berfungsi di tengah jalan.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah bagaimana rider itu sanggup menunda kereta Avanza yang besar itu dengan kakinya seorang diri di sepanjang jalan.
Difahamkan pemilik video ini juga turut membantu menjaga keselamatan rider dan kereta Avanza terbabit dari bahagian belakang.
Malah, pemilik video itu turut teruja melihat situasi tersebur dan memuji tindakan murni rider itu di dalam kapsyennya. Setakat ini, video itu telah meraih tontonan lebih 200,000 dan menerima sejumlah komen daripada netizen tempatan.
@syean_77 Biasa motor tunda motor… Ini motor tunda kereta. Apa pun TERBAIK.. #fypシ゚viral🖤tiktok #syeanmokhtar #Respect
Susulan perkongsian video itu tular, semua netizen memuji tindakan murni rider itu yang sanggup menunda kereta Avanza yang sedang rosak di tengah-tengah jalan yang sesak.
Dalam pada itu, ada sebahagian netizen turut menasihati orang ramai untuk tidak pandang rendah terhadap ‘mat motor’ di luar sana kerana mereka selalu menjadi yang terawal menghulurkan bantuan walau di mana jua.