Sejarah tercipta di Rio apabila atlet paralimpik negara berjaya merangkul dua pingat emas.
Emas pertama diperolehi menerusi acara 100m T36 (cerebral palsy) oleh Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi dan emas kedua menerusi Muhammad Ziyad Zolkefli menerusi acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Di Stadium Olimpik Rio, Mohamad Ridzuan memecut ke garisan penamat 100m T36 dengan catatan 12.07 saat mendahului Yang Yifei dari China (12.20s) dan Rodrigo Parreira da Silva dari negara tuan rumah Brazil (12.54s).
Bukan itu sahaja, Muhammad Ziyad telah mencatat rekod dunia baru dengan balingan sejauh 16.83m memadam rekod sebelum ini, 16.29m dicatat oleh Todd Hodgetts ketika sukan Paralimpik London 2012.
Ridzuan dan Ziyad bakal menerima imbuhan lumayan bernilai RM1 juta selain penerbangan percuma seumur hidup daripada AirAsia kerana berjaya memenangi pingat emas ini.
Tahniah buat Ridzuan dan Ziyad! Dengan usaha keras anda, anda berjaya membawa pulang dua butir pingat emas buat negara. Malaysia Boleh!