Konflik antara Rihanna dan syarikat media sosial Snapchat telah tercetus baru-baru ini gara-gara penyiaran iklan yang di laman sosial tersebut yang menyentuh kisah silam penyanyi tersebut bersama bekas teman lelakinya, Chris Brown.

Harga saham syarikat induk Snapchat iaitu Snap Inc. kini merudum akibat menerima bidasan dari penyanyi tersebut yang tersinggung dengan iklan aplikasi “Would You Rather” yang tersiar di sosial media itu.

Penyanyi yang terkenal dengan jenama ‘Fenty Beauty’ tersebut meluahkan rasa tidak puas hatinya di Insta story yang turut membangkitkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pengikut penyanyi tersebut. Perkara ini menjurus kepada kehilangan sejumlah pengguna media sosial berkenaan.

Aplikasi “Would You Rather” tersebut memaparkan pilihan kepada pemain sama ada untuk menampar Rihanna atau menumbuk Chris Brown. Snap Inc. kemudiannya menarik balik iklan tersebut yang didakwa diluluskan tanpa mengikut garis panduan pengiklanan di media sosial tersebut.

Menurut kenyataan Rihanna yang berang dengan insiden tersebut mengecam syarikat berkenaan dengan berkata “Anda memperuntukkan wang untuk mereka sesuatu yang boleh memalukan dan memperlekehkan mangsa keganasan domestik!”

Rihanna
Setakat ini difahamkan saham Snap Inc. telah jatuh sebanyak 1 bilion berikutan iklan tersebut

Pada 2009 yang lalu, Rihanna terbabit dalam kes keganasan domestik setelah dipukul oleh bekas teman lelakinya, Chris Brown.