MyGameOn bersama SAYS Tech telah memperkenalkan ‘Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session’, sebuah acara komuniti gaming yang bakal berlangsung pada Sabtu, 27 September ini.
Acara tersebut bakal bermula pada jam 12 tengah hari hingga 5 petang di ATO Gaming Café, TTDI dan yang paling menarik, masuk adalah percuma untuk semua.
Acara ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Rileks Je, Takyah Toksik iaitu sebuah usaha bersama yang memberi fokus kepada isu buli siber serta kepentingan kesihatan mental dalam kalangan komuniti ‘gaming’ tempatan.

Dengan menghimpunkan para ‘gamer’, pencipta kandungan, keluarga dan para peminat, acara ini bertujuan untuk membina suasana digital yang lebih sihat, mesra dan selamat buat semua.
Aktiviti Sempena Rileks Je, Takyah Toksik Lepak Session
Pengunjung yang hadir boleh mendapatkan goodie bag eksklusif daripada MyGameOn & SAYS Tech.
Selain itu, terdapat pelbagai aktiviti menarik seperti sesi perkongsian santai bersama figura industri e-sukan tempatan, perlawanan Fun Match Mobile Legends: Bang Bang, serta cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah menarik menanti untuk dimenangi.
Bukan itu sahaja, suasana di ATO Gaming Café juga akan lebih meriah dengan pelbagai aktiviti tambahan daripada permainan arked, konsol, permainan mudah alih, hinggalah boardgames dan tabletop untuk mereka yang sukakan cabaran gaya klasik.

Jemputan Terbuka Untuk Semua
Acara ini bukan sekadar tentang bermain game, tetapi juga mengenai membina suasana yang lebih positif dalam komuniti.
Ia menjadi ruang untuk semua orang datang, berkenalan, berkongsi minat dan sama-sama meraikan dunia gaming dengan cara yang lebih sihat.
“Kami percaya gaming patut jadi ruang yang selamat dan inklusif,” kata Hazril Md Nor, Editor MyGameOn.
“Melalui Rileks Je, Takyah Toksik, kami mahu tunjuk bahawa keseronokan, persaingan sihat, dan komuniti boleh berkembang tanpa toksik.”
“Tak kira anda seorang gamer, pencipta kandungan, cosplayer, atau sekadar nak lepak, sesi santai ini memang dijamin meriah untuk semua lapisan komuniti.”
Maklumat Acara
📅 Tarikh: Sabtu, 27 September 2025
🕛 Masa: 12pm – 5pm
📍 Lokasi: ATO Gaming Café, TTDI
🎟 Kemasukan: PERCUMA
RSVP sekarang untuk tempah tempat anda dan sertai gerakan membina komuniti gaming yang lebih positif.
Info lanjut di mygameon.my/takyahtoksik