Kekayaan 50 lelaki terkaya di Malaysia meningkat hanya 2 peratus kepada AS$83.4 bilion (RM398 bilion) tahun ini apabila ringgit yang lemah mengimbangi kekayaan pasaran saham tempatan mereka, lapor majalah perniagaan Forbes.
Forbes Malaysia 50 Terkaya 2024 yang dikeluarkan menunjukkan adik beradik Lee Yeow Chor dan Yeow Seng daripada konglomerat IOI masuk ke dalam lima teratas buat kali pertama dengan kekayaan AS$5.35 bilion (RM25.5 bilion).
Baca Juga:
- Isu Kesal Guna Duit KWSP Labur ‘Unit Trust’, Pakar Kewangan Dedah Realiti Sebenar
- Menyesal Tidak Guna Lebih Awal, Peniaga Ini Kongsi Kelebihan Kad Kredit Untuk Bisnesnya
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Yeow Chor mengendalikan syarikat minyak sawit keluarga IOI Corporation Bhd, manakala Yeow Seng yang lebih muda menyelia IOI Properties Group Bhd.
Mogul perniagaan Tan Sri Robert Kuok, yang berusia 100 tahun Oktober lalu, terus menduduki tempat pertama dengan nilai bersih AS$11.5 bilion (RM56 bilion).
Kedua dalam senarai dengan AS$8.8 bilion (RM43 bilion) ialah Tan Sri Quek Leng Chan, pengerusi eksekutif Kumpulan Hong Leong.