Dengan sekali lafaz, Putera Mateen selamat bergelar suami kepada Dayang Anisha dengan jumlah mahar sebanyak seribu ringgit dan pernikahan Putera Brunei itu berjaya membuatkan ramai gadis patah hati.
Video sedutan semasa Putera Mateen melafazkan akad nikah turut dikongsikan dalam media sosial. Menerusi video itu, dapat dilihat Putera Mateen menggayakan busana serba putih dan melafazkan akad nikah dalam bahasa Melayu.
Baca Juga:
- Pernikahan Putera Mateen Buat Ramai Wanita Patah Hati
- Dari Miri Ke Brunei Naik Kereta, Ini 5 Destinasi Yang Anda Boleh Terjah Untuk ‘Day Trip’
- 12 Tip Travel Ke Brunei Termasuk Syarat Yang Mesti Dipatuhi Bila Memandu Di Sana
🚨 JUST IN 🚨
ALHAMDULILLAH
Telah berlangsung Majlis Pernikahan Pengantin Diraja, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dan YM Dayang Anisha Rosnah Isa-Kalebic di Masjid Omar Ali Saifuddien, Brunei Darussalam sebentar tadi#RoyalWedding #Brunei #BruneiRoyalWedding #PrinceMateen https://t.co/PY6WFuXg76 pic.twitter.com/OD8sHq6HdT
— 🍉Arif E.🍉 (@arfdy12) January 11, 2024
Walau bagaimanapun, sebutan ringgit untuk mahar ketika lafaz akad nikah menjadi bualan ramai dan rata-rata netizen terutama rakyat Malaysia keliru kerana mata wang mereka adalah ‘Brunei Dollar’.
Oleh itu, ramai orang beranggapan bahawa negara Brunei menggunakan istilah dollar dalam mata wang mereka.
Susulan kekeliruan tersebut, rakyat Brunei tampil memberi penjelasan mengenai isu terbabit dengan mengatakan bahawa orang Brunei menggunakan kedua-dua istilah iaitu ‘ringgit’ dalam bahasa Melayu manakala ‘dollar’ dalam bahasa Inggeris.
many malaysians are confused that brunei uses 'ringgit' instead of 'dollar'. we use both actually. 'ringgit' when we speak in malay and 'dollar' when we speak in english.
— 华利斯 𓃠 (@meowtalhead_) January 12, 2024
Depends on the language one spoke in. Both are interchangeable. Even today we still call Brunei Dollar Ringgit if spoke in Malay and Dollars in English.
— Bear #CountdownKePialaAsia (@abearfromSEA) September 9, 2022
Sekadar makluman, walaupun Brunei memanggil wang mereka ringgit, akan tetapi nilai mata wang mereka sama dengan mata wang Singapura.