Pernikahan antara Putera Brunei, Pengiran Muda ‘Abdul Mateen Bolkiah dengan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah hari ini nampaknya membuatkan ramai peminat wanita patah hati.

Dengan sekali lafaz, Putera Mateen selamat bergelar suami kepada Dayang Anisha dengan jumlah mahar sebanyak seribu ringgit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Meninjau ke ruangan komen di laman sosial, kebanyakan peminat wanita dari Malaysia, Singapura dan Indonesia menyifatkan penyatuan dua hati tersebut sebagai peristiwa paling menyedihkan pada tahun 2024.

“Wanita di Malaysia, Indonesia dan Singapura  ‘berkabung’ pada tarikh 11 Januari. Hari patah hati antarabangsa.

“Oh tidak… Putera Mateenku! Saya tak nak percaya ini adalah realiti. Pada saya dia masih single, teruskan angan-angan.

“Musnah impian aku, tapi tetap tumpang bergembira walau hati ni terguris. Oh my crush Prince mateen,” kata sebahagian peminat wanita di laman X.

Putera Mateen ialah anak ke-10 Sultan Hassanal Bolkiah – raja paling lama memerintah di dunia dan pernah menjadi orang terkaya di dunia dan beliau turut berada dalam urutan pewarisan.

Difahamkan Dayang Anisha merupakan cucu kepada salah seorang penasihat utama Sultan Brunei dan dilaporkan mempunyai jenama fesyen serta perniagaan pelancongan bersama.

Perayaan untuk perkahwinan diraja akan dirai secara kemuncaknya pada Ahad ini dengan upacara bergemerlapan di istana 1,788 bilik dan perarakan.

Senarai tetamu itu dijangka termasuk keluarga diraja antarabangsa dan pemimpin politik.

“Ia seperti kisah dongeng,” kata pelajar universiti Syahida Wafa Mohamed Shah kepada AFP.

Ramai rakyat Brunei merancang untuk berbaris di jalan raya pada Ahad ini untuk menyaksikan pengantin baru diraja yang akan mengambil bahagian dalam perarakan.

“Ia seperti sesuatu dalam filem,” kata Nazatul Izzati Saifulrizal.