Berdasarkan analisis terkini dan laporan berita, terdapat petunjuk bahawa Ringgit Malaysia (RM) telah menunjukkan momentum pengukuhan baru-baru ini, terutamanya berbanding Dolar Amerika Syarikat (USD), walaupun sentiasa terdapat turun naik harian.
Selaras dengan berita tersebut, netizen tempatan mula mengajak orang ramai yang mahu mengembara ke luar negara terutamanya dua negara ini iaitu Yen dan KRW kerana nilai pertukaran yang sangat berbaloi.
Pada ketika ini, 1,000 JPY bersamaan RM27.61 sementara 1,000 Korean Won sekitar RM2.97, sekaligus memberi peluang kepada orang ramai untuk menikmati nilai pertukaran yang berbaloi setakat ini.
Kalau anda mempunyai perancangan sama ada ke salah satu negara yang disebut dalam masa terdekat ini, maka sebaiknya boleh pertimbang membuat pertukaran lebih awal menerusi wang tunai mahupun aplikasi pertukaran wang seperti Wise.
Perkara ini dikongsikan sendiri oleh seorang rakyat Malaysia yang pernah melancong ke Jepun, mengakui ini pertama kali dia merasai 10,000 Yen di bawah RM280.
Jadi, dia berpesan kepada yang mahu melancong ke sana untuk membuat pertukaran terlebih dahulu di aplikasi dan boleh keluarkan secara tunai di 7bank, iaitu merupakan sebuah sebuah bank di Jepun yang merupakan anak syarikat Seven & I Holdings, syarikat induk kepada 7-Eleven.

Ia menyediakan perkhidmatan kewangan unik melalui rangkaian ATMnya di kedai 7-Eleven, pusat membeli-belah dan lokasi lain.
Susulan itu, orang ramai dilihat berminat untuk membuat pertukaran wang sementara nilai Ringgit Malaysia yang mengukuh dan stabil setakat ini langsung memberi jumlah pertukaran yang paling berbaloi.