Bagi ribuan pekerja warga Indonesia di Malaysia, melihat paparan skrin di kedai kiriman wang hari ini bukan lagi satu kerisauan, tetapi satu kesyukuran.

Mana tidaknya, pengukuhan mata wang Ringgit Malaysia (MYR) baru-baru ini telah memberi ‘bonus’ segera kepada mereka.

Tanpa perlu kerja lebih masa, nilai bersih gaji yang dikirim pulang ke kampung halaman kini jauh lebih tinggi berbanding bulan-bulan sebelumnya, sekali gus membawa senyuman paling lebar buat mereka dan keluarga di seberang.

Ringgit 'Mengganas', Pekerja Indonesia Sorak Gembira Gaji Jadi Makin Mahal
Sumber Gambar: Google

Perkara ini dikongsikan sendiri oleh warga Indonesia yang bekerja di Malaysia menerusi platform TikTok, yang mana mereka mendedahkan gaji masing-masing telah melonjak naik secara drastik pada saat ini.

“Secara tidak langsung, gaji saya setahun ini naik 14% di Malaysia.”

“RM1 = sudah lebih daripada Rp4,000. Rasa banyak sekarang kalau dibawa ke Malaysia,” antara komentar yang dikongsikan oleh warga  Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Melihat respon netizen Indonesia, ada yang tumpang gembira dengan khabar gembira yang disambut oleh anak perantau kerana berjaya meraih pendapatan yang lumayan dan boleh membawa pulang wang dengan jumlah yang lebih besar ke dalam negaranya.

Sementara itu, ada komen yang mencuri perhatian kerana berpendapat ini sesuatu yang menyedihkan buat negaranya sendiri kerana tidak dapat mengukuhkan nilai matawang sendiri apatah lagi melihat prestasi kenaikan seperti Malaysia setakat ini.