Pastinya anda ketahui kewujudan River of Life yang terletak di Kuala lumpur dan baru-baru ini River of Life telah tesenarai antara tempat tebaik di dunia dalam kategori waterfront districts menurut Independent.

Ini merupakan satu perkara yang membanggakan buat negara kita dan melalui pengiktirafan ini akan menarik lagi pelancong berkunjung ke Malaysia serta memajukan industri perlancongan kita.

Untuk pengetahuan anda, River of Life sebenarnya merupakan sebuah projek yang dijalankan bertujuan untuk menghidupkan semula Sungai Klang dan Gombak menjadi bersih dan segar lalu mampu menjadi kawasan tumpuan kepada pelbagai aktiviti rekreasi sekali dan meningkatkan nilai ekonomi di persekitaran tepian sungai.

https://www.instagram.com/p/BsABwjDH8px/

Anda dapat melihat keindahan River of Life ini pada waktu malam terutama sekali di sekitar Count Down Clock dan Masjid Jamek dimana dihiasi dengan lampu dan tanaman landskap yang indah. Nampaknya projek pembersihan sungai ini mampu menjadikan negara kita terkenal dimata dunia berikutan keindahan tempat yang boleh dikatakan sebagai tempat tumpuan pelancong.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber