Sebelum ini, rekaan di laluan pejalan kaki di River of Life jadi persoalan apabila ada kanak-kanak yang terjatuh ke dalam sungai apabila tidak perasan ada lubang berdekatan pagar laluan pejalan kaki.
Terbaharu, seorang pengguna Twitter @ruud_irwan telah berkongsi beberapa keping gambar memaparkan keadaan bahagian di jambatan itu yang dilihat akan berbahaya kepada pengunjung jika tiada tindakan diambil.

Dah buat River of Life berbilion tapi budaya selenggara dipinggirkan. Nak tunggu ada VIP tergolek kat sini baru repair kot. pic.twitter.com/VNNOilz5K3
— 🇯🇵 WataRuud Endo 🇯🇵 (@ruud_irwan) June 28, 2022
Menerusi gambar tersebut, dapat dilihat jambatan di River of Life mengalami keretakan dan kerosakan serta jubin juga pecah dan tertanggal. Hal ini menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen dan rata-rata mengatakan ia akan mengancam keselamatan pengunjung.
Bukan itu sahaja, rata-rata netizen juga turut mempersoalkan mengapa projek ini tidak diselenggara dengan baik dan pastinya akan berdepan kerugian kelak jika berterusan seperti ini.
https://twitter.com/red_angpow/status/1542309620865060864
Malaysia is great at building things but never in maintenance https://t.co/Zp4W7HEtLJ
— Kerajaan Madaddy (@1KHL45_) June 29, 2022
When we design things only for ✨aesthetics✨ rather than practicality and ease to maintain. https://t.co/het5XgyTLk
— Harris Zainul (@harriszainul) June 29, 2022
Itulah Malaysia ni, escalator tengah2 KLCC tu dah berbulan2 terbakar, gitu jerla, ni maintenance tak jaga, taman2 awam pun kadang2 mcm tmpt jin bertendang. https://t.co/AqWVtVk7pv
— Caleb (@AirellRezell) June 29, 2022
Para netizen juga menggesa pihak bertanggungjawab untuk menyelesaikan masalah ini dan menyelenggara tempat itu dengan baik. Sejak pembukaan River of Life pada tahun 2018, ia sudah jadi destinasi wajib pergi untuk pelancong yang berkunjung ke Kuala Lumpur.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan River of Life pada pautan di bawah.Â
‘River Of Life Kuala Lumpur’ Tersenarai Sebagai Tempat Terbaik Di Dunia