Semakin memacu ke arah kemajuan di dalam sesebuah negara, Malaysia didapati mengalami isu sekuriti data yang serius pada tahun lalu.

Berdasarkan data tahunan  yang dikumpulkan oleh syarikat Whoscall, Malaysia menjadi negara teratas yang merekodkan kadar kebocoran data peribadi tertinggi dalam kalangan pasaran utama Asia.

Difahamkan aktiviti penipuan menerusi panggilan palsu di Malaysia dikesan telah melonjak naik dengan drastik yang mana capai 82.81% pada tahun 2024.

Hasil kajian pengguna melalui ID Security Whoscall mendapati 72.5% pengguna negara berdepan isu kebocoran data peribadi.

kebocoran data
Sumber Gambar: Whoscall

Di Malaysia, nama pengguna paling kerap bocor (89%), berbeza dengan negara Asia lain seperti Taiwan, Thailand, Jepun, dan Filipina, di mana alamat dan emel lebih terdedah.

Kebocoran data meningkatkan risiko penipuan penyamaran, menjadikan mangsa lebih mudah terpedaya. Pada tahun 2024, Malaysia mengalami kerugian RM1.57 bilion akibat panggilan penipuan, dan penipuan melalui SMS turut meningkat hampir 20%.

kebocoran data
Sumber Gambar: Whoscall

Dalam pada itu, mereka mendedahkan lebih 45% mesej penipuan judi telah menjadi subjek utama dalam memerangkap mangsa di luar sana.

Diikuti pula dengan mesej berkaitan penipuan kewangan (21.47%), penipuan pembayaran (5.82%), penipuan bungkusan (5.29%), penipuan telekomunikasi (5.6%) dan lain-lain (15.66%).

Sumber