Saat ini, berlaku sedikit ketegangan di antara rakyat Indonesia dengan Malaysia susulan insiden membabitkan pihak maritim pada tempoh hari lalu.

Menerusi perkembangan terbaharu, Pusat Koordinasi dan Perintah Siber Nasional (NC4) telah mengesan trend peningkatan aktiviti hacktivist yang menyasarkan organisasi, institusi pendidikan dan agensi kerajaan di Malaysia.

kuih raya
HYPE
Dari Dapur Nenek Ke Dapur Moden: Kuih Raya Tradisi Dengan Elemen Inovatif
Baca lagi →
Indonesia
Sumber Gambar: Mediacorp

Motif serangan ini dipercayai berkaitan dengan insiden maritim yang membabitkan Agensi Penguatkuasaan Maritim (MMEA) dan warga Indonesia yang maut di dalam satu serbuan pada 24 Januari di perairan Tanjung Rhu.

Hal ini dilihat berpotensi menyebabkan akses tanpa kebenaran ke sistem, pengubahan laman web, dan jug kebocoran data peribadi.

Membentuk pakatan untuk lancarkan serangan siber

Kumpulan hacktivist yang dipercayai berasal dari Indonesia telah membentuk pakatan dan melancarkan pelbagai serangan siber berskala besar seperti serangan DDoS, kebocoran kelayakan, dan menceroboh ke dalam sistem secara haram.

Serangan ini juga disyaki sebagai tindakan balas dendam terhadap perkembangan insiden Maritim yang dianggap tidak adil dan melanggar hak asasi manusia buat mereka.

Langkah kurangkan risiko godaman

Bagi menggurangkan risiko godaman berikutan kempen serangan siber dalam beberapa minggu mendatang, NC4 menggessa semua organisasi mengambil langkah pencegahan segera seperti menyemak log akses, menetapkan semula kata laluan serta mengemas kini sistem dengan tampalan keselamatan terkini, menguatkuasa sekuriti MFA, meningkatkan pemantauan keselamatan dan akhir sekali melakukan sandaran data secara berkala.

Bagaimanapun, sasaran utama dalam serangan kali ini lebih tertumpu kepada agensi kerajaan, institusi berkait ketenteraan dan beberapa sektor kritikal di dalam negara.

Walaupun hanya dilabelkan sebagai ancaman siber negara yang rendah, anda diminta untuk berwaspada dengan mengambil inisiatif mengemas kini apa yang patut berkaitan keselamatan siber pada peranti masing-masing.

Dalam pada itu, anda perlu melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada NC4 mengikut peruntukan Akta 854 bagi tindakan lanjut.